CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Mahu Bantu Kieran Tunai Hajat Ke Tanah Suci - "Dengan Rezeki Diberikan Ini Apa Salahnya Saya Membantu Saudara Sesama Islam"

31-10-2024 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29476| Komen: 31

 


Pengacara Elly Mazlein mahu membantu bekas penyampai radio, Kieran untuk memenuhi impiannya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Memetik mStar Online, Elly berkata rezeki dikurniakan Allah apatah lagi Kieran pernah bekerja di syarikat radio yang sama dengannya.

“Dengan rezeki diberikan ini apa salahnya saya membantu saudara sesama Islam.  Kieran juga merupakan bekas penyampai radio Era tempat saya bekerja sekarang. Jadi mengapa tidak untuk saya bantu. Saya hanya kongsi apa yang saya mampu,” katanya.

Menurut Elly, dia sudah berhubung dengan Kieran berkenaan perkara tersebut dan jika ada rezeki hasrat rakannya itu yang mahu mengerjakan umrah akan tertunai.

“Saya baru sahaja menghubungi Kieran dan kita tunggu maklum balas darinya. Kalau ada rezeki segala niat Kieran akan tertunai,” katanya.

 


Terdahulu, Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.

Kieran berkata dia berharap masih diberi kesempatan untuk menunaikan umrah sekali lagi. Difahamkan, Kieran kini masih menjalani rawatan kanser dan sel barah sudah merebak ke bahagian perut dan paru-paru.


SUMBER: mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 31-10-2024 01:42 PM
Ely is ely mmg suka derma , tlg org.

Semoga segala niat baik tercapai.
Quote Lolalala 31-10-2024 05:25 PM
Prostat Cancer ni pun antara Cancer yg lambat orang sedar. My Dad beruntung dapat tahu masa awal stage 1. Lelaki kalau rasa asyik nak terpenting, tak boleh tahan kencing atau ada darah dalam kencing, buat laa ujian darah untuk tahu bacaan PSA. Moga panjang umur Kieran untuk pergi umrah
Quote TeropongThaico 31-10-2024 09:07 PM
Semoga hajat keduanya tercapai & kieran kembali sihat
Quote Binodino 31-10-2024 09:31 PM
Badan pesakit kanser selalunya lemah dek kerana sel kanser and also due to treatment - chemo, etc. So secara logiknya, mampu ke beliau nak tunaikan umrah? And lepas ke nak fly ke sana due to his condition?
Quote anony-mous 31-10-2024 09:55 PM
Insaf plak baca tajuk terus rasa nk ke mekah takut dah sakit, dah x berduit esok baru terhegeh2 nk ke sana
Quote Lolalala 31-10-2024 11:35 PM
Binodino: Badan pesakit kanser selalunya ...


Prostat ni pun kena pakai pampers sentiasa. X boleh tahan kencing. Bapak iolls kata dia geng #toilethunter. Before operation buang dulu, dia pi masjid memang pilih tepi pintu dekat tempat menghala ke tandas. Untuk kekal wuduk dalam masa yg lama memang tak boleh.
Quote Moyangkucing 31-10-2024 11:44 PM
Baiknya hati Ely. Moga hasrat kedua2nya dimakbulkan ilahi.. aameen..
Quote bublysnowflake 1-11-2024 12:05 AM
semoga kieran kembali sihat..
kieran ni dlu yg dj era ngn khalil ke apa yg lg sorg tu kan?
suka gavungan dorg dulu
Quote annadonna 1-11-2024 12:41 AM
Binodino replied at 31-10-2024 09:31 PM
Badan pesakit kanser selalunya lemah dek kerana sel kanser and also due to treatment - chemo, etc. S ...

Cerita ke Mekah tak ikut logik. Org sihat walafiat berduit kalau ikut logik dah sampai Mekah. Tapi rupanya selagi tak sampai seru tetap takkan sampai. Ramai org sakit kalau ikut logik takkan mampu sampai, tapi hakikatnya lebih ramai yg berpapah dan bertongkat dah sampai lebih dahulu. My friend died in Mekah, hari hari terakhir dlm hidupnya sebagai pesakit jantung.
Quote awenda507 1-11-2024 12:47 AM
Semoga niat yg baik Allah permudahkn. Get well soon kieran
Quote rain2169 1-11-2024 12:53 AM
Bagus Ely ni….. tak kedekut…
Moga kieran diberi kesembuhan
Moga ely dimurahkan rezeki.
Quote cap_ayam 1-11-2024 05:06 AM
Semoga ada rezeki insyaAllah.
Quote hannan_rayyan 1-11-2024 09:09 AM
semoga ada rezeki dan peluang untuk elly bantu kieran ke Mekah
semoga ada rezeki dan peluang kieran untuk buat umrah
Quote nonymous 1-11-2024 10:04 AM
Semoga dipermudahkan niat Elly dan semoga lekas sembuh Kieran.
Quote iN 1-11-2024 10:34 AM
annadonna replied at 1-11-2024 12:41 AM
Cerita ke Mekah tak ikut logik. Org sihat walafiat berduit kalau ikut logik dah sampai Mekah. Tapi ...

yup.. my junior.. mak dia patient breast cancer, dpt g umrah 2 kali lps treatment n chemo.. kalu xsalah da stage 3 masa tu.. rezeki dia..
Quote marchikobonzo 1-11-2024 11:08 AM
Alhamdulillah, murah rezeki KLPP..bagus betul dia ni nak bantu sesama saudara islam
Quote koko2 1-11-2024 11:40 AM
dah PERNAH pi umrah sekali.. better tlg org yg TAK PERNAH lg buat umrah..
Quote sleepandream 1-11-2024 11:54 AM
iols pun jelly... untung orang yg pergi umrah mcm balik kg je...
Quote BungaKencana 1-11-2024 12:05 PM
semoga urusan keduanya dipermudah... kalau Allah mmg da jemput ke sana tak kire la ape jua keadaan tetap blh tunaikan Haji/Umrah... spt mak aku & arwah bapak aku.. tak sangka ada org nk sponsor umrah.. ktorg ni org kampung biasa je.. hidup seadanya..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.129659 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top