CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembilan premis makanan kotor di Bachok diarah tutup

31-10-2024 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26593| Komen: 26

 


BACHOK: Sembilan premis makanan membabitkan kedai makan dan restoran di daerah ini diarahkan tutup selama 14 hari.

Ini berikutan premis berkenaan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melalui pemeriksaan terhadap 58 premis makanan di Bachok.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pemeriksaan dilaksanakan pada Selasa lalu membabitkan premis di sekitar Bandar Bachok, Jalan Melawi- Kandis, Jalan Bachok- Budi, Jalan Bachok- Beris Kubur Besar dan Jalan Jelawat- Gunong.

"Pemeriksaan membabitkan 71 kakitangan JKNK dan hasilnya sembilan premis diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Jika tidak menurut arahan penutupan, peniaga boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan kepada media.


Zaini berkata, operasi berkenaan turut mengeluarkan sebanyak 137 notis tawaran kompaun terhadap pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berjumlah RM48,000.

Katanya antara kesalahan paling banyak adalah 15 notis berhubung kesalahan di bawah Peraturan perkara 11(1) membenarkan pengendali makanan tidak menghadiri latihan pengendali makanan atau tidak membuat pemeriksaan perubatan dan mendapatkan vaksin bekerja, Perkara 32(1) kesalahan tidak mematuhi kehendak berhubung pemakaian dan Perkara 38 tidak memenuhi kehendak berhubung penyimpanan makanan.

Kesalahan lain adalah Peraturan Perkara 3(1) iaitu tidak mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perkara 30(1) tidak mematuhi kehendak yang berhubung dengan latihan pengendalian makanan, Perkara 31(1) tidak membuat pemeriksaan kesihatan pengendali makanan dan mendapatkan vaksin, Perkara 33(1) tidak memenuhi kehendak berhubung dengan amalan pengendalian makanan dan sebagainya.

Tujuan pemeriksaan adalah bagi memastikan premis makanan sentiasa dalam keadaan memuaskan serta makanan yang disediakan selamat untuk dimakan pengguna.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 31-10-2024 09:55 AM
Dapur apa ini ada ayam dalam sangkar di atas lantai dapur!
Quote missyL 31-10-2024 10:13 AM
Geli nye
Tgok klo korean tunjuk masak2 kt kilang
Bersih gila
Walaopn bukan negara islam
Quote airfilterkotor 31-10-2024 10:30 AM
Teringat pekerja kedai tomyam basuhkan punai anak yang kencing kat longkang dapur, pastu dengan tangan basah² tu terus pegang ikan goreng pelanggan.
Quote Jikookie 31-10-2024 10:32 AM
Euwwww Geli tekak
Quote Lolalala 31-10-2024 10:54 PM
Apa laaa gamak masak makanan untuk orang macam ni
Quote Belibis 1-11-2024 08:07 AM
FOTHER-MUCKER: Dapur apa ini ada ayam dalam s ...

Mungkin menu utama dia ayam panggang segar dari ladang. Tu yang simpan stok ayam hidup.[em:3:]
Quote axl_bach 1-11-2024 08:11 AM
Sep2 ni kalau gomen wajibkan amik sijil HALAL mesti nglupo kata kerajaan nk tekan melayu....
Quote mekfazura 1-11-2024 08:40 AM
biarkanlah... sejak azali lagi bangsa "mamak" ni pengotor... kita boycott bangsa ni ;)
Quote B40tastePosh 1-11-2024 09:04 AM
Patut la cikgu aku orang Kelantan asyik nak minta transfer balik Bachok
Quote B40tastePosh 1-11-2024 09:08 AM
missyL replied at 31-10-2024 10:13 AM
Geli nye
Tgok klo korean tunjuk masak2 kt kilang
Bersih gila


Negara bermusim memang wangi bau bunge time Spring.

Time winter bau salji

Time summer bau matahari terbit.

Time autumn bau daun Maple.

Quote B40tastePosh 1-11-2024 09:10 AM
airfilterkotor replied at 31-10-2024 10:30 AM
Teringat pekerja kedai tomyam basuhkan punai anak yang kencing kat longkang dapur, pastu dengan tang ...

Tak kacau dia pun, dia bagi secret ingredient...perisa punai anak
Quote mejaputih 1-11-2024 09:15 AM
Ummah rela mkn kat kedai2 mcm ni dari restoren2 yg diboikot sbb paletine...
Quote pokokmeranti 1-11-2024 09:51 AM
negeri serambi rupanya......
Quote missyL 1-11-2024 04:01 PM
B40tastePosh replied at 1-11-2024 09:08 AM
Negara bermusim memang wangi bau bunge time Spring.

Time winter bau salji

Teringin nk try 4 musim
Dok msia musim panas
Musim hujan hahahha
Quote TeropongThaico 1-11-2024 05:38 PM
Astaghfirullah ni kedai makan ke apa ni????
Ada eh customer diarg ni ke masak dkt premis lain bawa jual dkt luar utk org tapau je. Adohai kebanggaan my family in law
Quote newyork 1-11-2024 06:05 PM
Tu dia berdaki..elokla mkn kat mcD
Quote airfilterkotor 1-11-2024 06:09 PM
B40tastePosh replied at 1-11-2024 09:10 AM
Tak kacau dia pun, dia bagi secret ingredient...perisa punai anak

Eww...
Quote cmf_jeangrey 1-11-2024 06:09 PM
Dah serupa loji kumbahan

Quote dubuk 1-11-2024 06:15 PM
Bachokk mari Bachokk...



Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.131273 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top