CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Teringin Juga Nak Mengidam Pelik-Pelik Macam Bau Tayar Ke” - Nabila Razali

1-11-2024 12:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33505| Komen: 57

 


Penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa syukur tidak mengalami alahan atau mengidam pelik-pelik sepanjang kehamilan anak pertamanya.

Memetik HibGlam, Nabila berkata dia mengakui menantikan momen mengidam pelik-pelik seperti yang dilalui wanita lain.

“Setakat ini saya tidak mengidam yang pelik-pelik. Cuma itulah saya teringin nak makan burger Ramly dan kek, semuanya benda mudah cari.

“Saya pun teringin juga nak mengidam perkara macam bau tayar ke, saya pun menanti perkara-perkara itu tetapi belum rasa lagi,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata dia mengambil masa untuk umumkan berita kehamilan kerana mengikut pesanan orang tua.

“Saya banyak mendengar petua orang tua, seelok-eloknya kita simpan berita kehamilan dulu sampai satu tempoh masa sebelum umumkan kepada semua.

“Sebenarnya saya mahu mengambil masa untuk mengumumkan kehamilan ini tetapi disebabkan ramai yang sudah bertanya dan ada yang komen dalam media sosial, saya pun tidak mahu biarkan orang buat spekulasi sendiri.


“Saya rasa lebih baik begitu dan disebabkan itu saya umumkan kehamilan awal bulan ini. Itu pun sudah memasuki penghujung trimester kedua,” katanya.

Awal Oktober ini, Nabila mengumumkan sedang hamil anak sulung yang dijangka dilahirkan pada awal Januari depan.



Sumber – HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 31-10-2024 09:44 AM
Bodohnya hajat...
Quote gekkou 31-10-2024 12:41 PM
bodoh plak tengah pregnant doa nk mengidam benda pelik2
esok2 anak kau berperangai pelik
jangan meroyan
Quote dua_chzy 1-11-2024 07:40 AM
Semoga teringin mengidam makan babi.

Dah dipermudahkan, masih nak kasik statement mengada2.
Quote _kelly 1-11-2024 08:38 AM
dua_chzy replied at 1-11-2024 07:40 AM
Semoga teringin mengidam makan babi.

Dah dipermudahkan, masih nak kasik statement mengada2.

sempena jumaat iols aminkan doa ni..ngengada sangat
Quote MistrezHermanaz 1-11-2024 08:46 AM
alahai bella, nape kuarkan statement gini..allah dh permudahkan, bersyukur la
Quote hannan_rayyan 1-11-2024 08:51 AM
patutnya syukur Alhamdulillah, kehamilan ni dipermudhkan takde mengidam yg pelik2

ada pulak teringin yg bebukan,ko dah kenapa? orang lain taknak lah pregnant mengidam bebukan
Quote black_handbag 1-11-2024 10:35 AM
tak semestinya mengandung mesti mengidam benda pelik2. syukurlah klu takde mengidam pelik2. awat hang mintak pulak

sah wayar putus
Quote anilanil 1-11-2024 10:55 AM
Bersyukur la kaknab oii...
Patutnya jaga la mulut. Org lain, lain dugaannya. Ingat mengidam yg pelik2 ni funny? Comel? Cute?
Bayangkan ibu tu tak mampu tapi mengidam caviar, kan kesian?
Yg kaknab pulak dok sembang mengidam ramly burger & kek yg mudah cari, so what?
Kata educated, so kalo reputz tanya soklan tak berfaedah mcm ni, baik takyah jawab.
Quote asamfish 1-11-2024 10:56 AM
kata2 adalah satu doa....dah kenapa teringin yang bodoh2 tu...
Quote aciksenah 1-11-2024 11:02 AM
Normal je..I pun tak pernah la masa mengandung mengidam apa2..Kitanya jenis tak ada selera makan sampai la 5-6 bulan baru boleh makan mcm biasa. Normal la kot bagi sesetengah orang..lagi ok dari mengidam pelik2.
Quote Cassieopeia 1-11-2024 11:05 AM
iols pun xde mengidap pelik2 masa mengandung. jgn diminta la
Quote DragonSari 1-11-2024 11:08 AM
Tak sgka ko sebodoh ini
Quote orkid_amani 1-11-2024 12:20 PM
Org tua2 kata kalau sepanjang pregnant smooth ja nti masa nk beranak akn rasa sakitnya nak beranak tu dia either 3ja..kalau mengandung senang, beranak sakit,time berpantang senang sebab xsenang yaa nak jadi ibu
Quote kuzaime 1-11-2024 02:10 PM
Kak nab xde pengalaman lagi sebab ni anak sulung, so aku pejamkan ajelah mata baca kesengalan dia mengidam org ngandung ni azab sebenarnya kak nab bukan rasa seronok pun. Yg seronok.kalau dah dapat aje
Quote jiwakacau06 1-11-2024 02:10 PM
orkid_amani replied at 1-11-2024 12:20 PM
Org tua2 kata kalau sepanjang pregnant smooth ja nti masa nk beranak akn rasa sakitnya nak beranak t ...

btl...
xkena ank first...
kena yg seterusnya....
Quote sukanyanyi 1-11-2024 02:16 PM
Makin lucu meknab sejak nandun.. sejak kawin pun ada nampak pe'el.. nak perhatian shuben eaaa.. ke perhatian netizen..

Iols suka bau petrol n marker pen walaupun bukan time ngandung
Quote orkid_amani 1-11-2024 03:33 PM
jiwakacau06 replied at 1-11-2024 02:10 PM
btl...
xkena ank first...
kena yg seterusnya....

Mmg gitu kan..mak aii pesan time pregnant bukan setakat kena jaga mulut,perbuatan pun kena jaga gak. Kdg kita xtau kot dlm xsedar ada yg berkecik hati terasa dgn kita. Seeloknya sebelum p LR tu mintak maaf & mintak org doakan kita & baby.
Quote doubleA 1-11-2024 05:45 PM
Motif ko? Masih mengandung kan so pls refrain yourself dari cakap benda bukan2. kalau happy dgn real life tak attention seeker
Quote TeropongThaico 1-11-2024 05:57 PM
Dah dpt yg mudah jgn minta yg bukan2... Kalau teringin yg bukan2 nnt blh nangis ooo kalau terteringin nak makan cicak ke hapa sanggup????

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.164949 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top