CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gumpalan misteri bercahaya oren seperti sarang alien ditemui di terusan Belanda

2-11-2024 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 54803| Komen: 6

 


AMSTERDAM – Satu gumpalan bercahaya berwarna oren ditemui dan ditarik keluar dari sebuah terusan di Belanda dengan ahli ekologi tempatan menganggapnya sebagai kejadian pelik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ia kelihatan seperti satu guni besar selepas dikeluarkan dari air oleh sukarelawan di Utrecht.

“Ia tergantung di dasar pulau terapung,” kata kumpulan pakar tersebut mengenai penemuan luar biasa itu pada awal bulan ini.

Entiti aneh itu kemudiannya disahkan terdiri daripada haiwan-haiwan yang dikenali sebagai beg air bryozoan. Ia berkumpul bersama dalam satu koloni.

“Beg besar itu dibentuk oleh beberapa haiwan bersama-sama. Pada satu ketika, ia membentuk koloni. Koloni yang berbeza kemudian boleh bersatu semula,” kata seorang pakar ekologi, Anne Nijs.

Menurutnya, beg itu berdiameter seluas 2 meter dan penemuan tersebut amat mengejutkan kerana makhluk hermafrodit itu bukannya berasal dari Utrecht. 


“Namun, ia tidak merosakkan alam sekitar di sini,” tambahnya.

Beg itu kemudian dipulangkan semula di tempat ia ditemui. – AGENSI



Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 4-11-2024 09:17 AM
eeiiiiiiiiii ape tu
Quote Dwdrum 4-11-2024 09:21 AM
Bryozoa marine habitat
Quote kakikuDibibirmu 4-11-2024 12:47 PM
Besarnya taik gajah
Quote nusaraya 4-11-2024 02:02 PM
Kirim Prof. Dr. Soleha Yacoob dan Prof-Prof. Melayu lainnya ke Belanda ... Saya yakin misteri asal usul benda "aneh: itu akan dengan mudah dapat diketahui segera ... maklumlah .. walaupun mereka adalah PhD Holder .. tetapi  mereka juga punyai keahlian membuat "cerita dongeng-dongeng" yang memukau kita semua ......Hehehehe
Quote belilies 4-11-2024 02:12 PM
Bukan ke benda ni dah viral 3 tahun lepas?
Quote B40tastePosh 5-11-2024 04:04 AM
nusaraya replied at 4-11-2024 02:02 PM
Kirim Prof. Dr. Soleha Yacoob dan Prof-Prof. Melayu lainnya ke Belanda ... Saya yakin misteri asal u ...

Kalau Melayu bodoh....Peribumi Indonesia 10 kali bodoh.

Merdeka pakai darah itu bodoh. Kalau mahu merdeka pakai OTAK.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.120897 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top