CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Makin serius, doktor saran saya buat pembedahan’ - Ezad Lazim

6-11-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5078| Komen: 7

 


Vokalis kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim meluahkan rasa bimbang sekiranya tidak mampu memberikan persembahan terbaik pada konsert Battle Of Time Exists X Masdo pada Ahad ini akibat mengalami masalah kesihatan.

Perkara itu lebih merungsingkan apabila doktor memaklumkan masalah resdung yang dialami oleh Ezad atau nama lengkapnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 44, sudah semakin serius dan disarankan untuk membuat pembedahan.

“Semalam (kelmarin) saya membuat pemeriksaan telinga, hidung dan tekak (ENT). Nampaknya masalah kesihatan ini makin serius dan doktor menasihatkan untuk membuat pembedahan.

“Mungkin luaran saya dilihat tiada masalah, tetapi dalam keadaan seperti ini saya sebenarnya agak sukar untuk bernafas dan suara saya juga tidak selesa.

“Saya memang boleh menyanyi, tetapi saya ada rasa kurang senang sekiranya tidak dapat buat persembahan yang terbaik untuk konsert Ahad ini,” katanya kepada Kosmo! Online.


Ezad yang ditemui dalam majlis sidang media Umrah Langkah Seiringan Exists di sebuah hotel di Damansara di sini semalam turut memberitahu kerjaya sebagai penyanyi membuatkan dirinya mementingkan kualiti nyanyian terutama melibatkan persembahan siaran langsung.

Masalah kesihatannya itu turut menyebabkan Ezad terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana bimbang akan mengganggu kelancaran konsert berkenaan.

“Jika diikutkan memang boleh sahaja buat persembahan, tetapi saya tidak puas hati dengan kualiti nyanyian kerana penonton yang hadir sudah mengeluarkan wang untuk tengok persembahan terbaik daripada saya.

“Sekiranya saya tidak dapat buat yang terbaik, saya tidak akan ada rasa puas. Namun, saya serahkan segalanya kepada Tuhan dan anggap ini sebagai dugaan.

“Doktor minta saya berehat dan kalau diikutkan memang banyak persembahan yang terpaksa ditolak. Tetapi, itu semua rezeki Allah yang tentukan. Apa yang saya boleh harapkan, sekiranya tidak dapat beri 100 peratus dalam konsert itu nanti, sekurang-kurangnya 80 peratus sudah memadai,” katanya.

Dalam pada itu, Ezad turut merancang untuk membuat pembedahan tersebut pada tahun hadapan.

“Insya-Allah selepas konsert ini memang saya merancang untuk membuat pembedahan itu pada bulan Ramadan tahun depan. Tetapi segalanya bergantung kepada keadaan.

“Memandangkan ini sumber rezeki saya, saya perlu lakukan sesuatu kerana bimbang masalah kesihatan ini akan berlarutan,” katanya.

 

Pelakon filem Mami Jarum itu turut memberitahu masalah kesihatan itu sudah dialaminya sejak lima tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Exists akan berangkat menunaikan umrah bersama peminat pada 22 Januari hingga 2 Februari 2025 melalui program Umrah Langkah Seiringan Exists yang dibawakan oleh agensi pelancongan, Darmina Revolution.

Peminat yang ingin menunaikan umrah bersama Exists turut berpeluang menikmati potongan harga sehingga 20 peratus untuk tempahan awal berdasarkan pakej ditawarkan iaitu RM8,500 (bilik berempat), RM9,100 (bilik bertiga) dan RM9,500 (bilik berdua). 


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 7-11-2024 08:20 AM
sama mcm kes adik aku. resdung jgk, puncanya tulang hidung bengkok. patutla tdo berdengkur macam kuda. lps operate, elok je. berdengkur terus hilang.
Quote sara_thrash 7-11-2024 08:27 AM
fanaz82 replied at 7-11-2024 08:20 AM
sama mcm kes adik aku. resdung jgk, puncanya tulang hidung bengkok. patutla tdo berdengkur macam kud ...

boleh tahu punca sampai boleh tahu ada masalah tulang hidung tu macam mana? adakah dia pegi jumpa doc atas sebab dia tidur berdengkur atau pun resdung?

Quote lasagna 7-11-2024 08:35 AM
kalau ada sakit ENT ada lebih baik cepat2 laa buat operation..
Quote AznieBunnie 7-11-2024 11:55 AM
fanaz82 replied at 7-11-2024 08:20 AM
sama mcm kes adik aku. resdung jgk, puncanya tulang hidung bengkok. patutla tdo berdengkur macam kud ...

deviated nasal septum...
hidung rasa mcm tertutup sebab tulang hidung senget atau tumbuh luar biasa.
bila selsema atau hidung berair, dalam hidung bengkak, dah tak boleh bernafas.

operation - macam kikis tulang hidung tu.
4 hari hidung bersumbat kain kasa.
bernafas lah pakai mulut. malam tidur susah.
telinga sakit sebab presure hidung tak sama dengan telinga (rasa macam naik tempat tinggi) sampai lah cabut kain kasa tu.

lepas tu alhamdulillah sihat beberapa tahun dan mungkin lebih lama kalau elok jaga makan dan tidak gosok hidung kuat-kuat.


Quote fanaz82 7-11-2024 05:57 PM
sara_thrash replied at 7-11-2024 08:27 AM
boleh tahu punca sampai boleh tahu ada masalah tulang hidung tu macam mana? adakah dia pegi jumpa  ...

masa sekolah dulu dia main bola sepak. hidung dia kena bola. dia pergi jmpa doktor pun sebab dia selalu hidung tersumbat, susah nak bernafas pakai hidung. tu yg doktor bgtau hidung dia bengkok. terus dia operate
Quote sleepandream 7-11-2024 07:40 PM
baru 44... habis konsert nanti buat la... peminat faham je tu..
Quote per706 8-11-2024 12:12 AM
Haritu dia Mai buat show sini dgn artis2 laen sempenan jelajah suria x silap


Huiii suara. Sempurna Allah bgi dia.mmg betul la..telan kaset! Semoga dipermudahkan urusan Dan yg baik2 aja hendaknya insyaAllah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.041042 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top