CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ini semua kerja Tuhan, 8 tahun bertahan dengan mulut orang’ - Aprena Manrose

6-11-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4291| Komen: 9

 


Pernah berhadapan situasi sama, pelakon Aprena Manrose memahami perasaan aktres Janna Nick yang sering diajukan soalan berkaitan zuriat.

Benci dengan sikap segelintir masyarakat, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, menyifatkan sesetengah pihak tidak tahu menjaga adab atau sensitiviti.

“Saya benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda.
“Saya faham bagaimana Janna rasa sebab saya sendiri lapan tahun bertahan dengan mulut orang.

“Sakitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Selain itu, adik kepada Oktovia Manrose memaklumkan dia dan suami, Mohd. Afiq Hazman sudah berusaha mendapatkan cahata mata tetapi belum diberikan rezeki.

“Ingat saya dan suami tidak mahu anak ke? Ingat kami tiada usaha?
“Itu semua kerja Tuhan, tolong jangan tanya. Saya baran dengan perkara begini,” tegasnya lagi.


Terdahulu, Janna tidak mampu mengawal emosi sehingga menangis teresak-esak meminta khalayak berhenti bertanyakan soal anak terhadap dirinya.

Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pasangan ini pernah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan nak termasuk proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 2022.

Namun, rezeki masih belum memihak kepada pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 7-11-2024 11:22 AM
anak iwan dangdut kan ni
Quote ekselen 7-11-2024 07:03 PM
Edited by ekselen at 7-11-2024 07:05 PM

siapa yg tanya sheols? yg haku nampak kisah dia byk pd geng2 dia yg kehulu kehilir bercuti then pakai tudung on and off tu je lah..
Quote uori 7-11-2024 07:08 PM
seperti biasa, hujung2 salah netijen


benda tak boleh kawal kalau nak dikawal, ginilah jadinya
Quote Duta lover 7-11-2024 08:50 PM
Kena start dgn diri sendiri dulu kemudian didik anak2 and keluarga kecil kita dulu utk jaga personal space masing2.
Kalau kita sendiri pun keje menceceh tanya org tu pg mana..org tu buat apa .org tu makan halal ke tak..org tu pakai tudung ke tak ..
Memang selama2nya budaya jaga tepi kain orang ni akan melekat

Setiap negara ada culture dan ada yg baik .ada yg tak baik. Masyarakat melayu kat malaysia ni mmg ada sifat2 baik mcm ramah, mesra, suka tolong orang tapi unfortunately dalam sifat2 baik tu terselit culture suka jaga tepi kain orang.

Quote pocongkiutss 7-11-2024 09:05 PM
Mmg takleh nk buat apa aprena oi

Entahlah utk iols yg mnggu lama ni..mmg nmpk beza lepas dh dpt rezeki anak ni..layanan certain org pd iols pun nmpk bezanya..kdg iols terfikir ..dosa sgt ke takde anak ni sampai dibeza2kan
Quote kerani_je 7-11-2024 09:10 PM
uori replied at 7-11-2024 07:08 PM
seperti biasa, hujung2 salah netijen



Entah netizen tak ambik port pun pasal die ada anak ke tak..Bukan femes pun die..Jumpa sebelah tgh jalan pun blm tentu netizen kenal..Drama ape ko berlakon pun tak ingat..Ko tumpang nama ayah ko n sepupu sepapat senrose ko tu je baru org kenal ko sbelum nim..tak de sape kisah pun ko beranak ke idok..
Quote heythere123 7-11-2024 09:11 PM
jejai replied at 7-11-2024 11:22 AM
anak iwan dangdut kan ni

haah, kalau manrose tu anak iwan syahman
Quote heythere123 7-11-2024 09:12 PM
kerani_je replied at 7-11-2024 09:10 PM
Entah netizen tak ambik port pun pasal die ada anak ke tak..Bukan femes pun die..Jumpa sebelah tgh ...

itulah, sheols punya populariti tu level tapak kaki geng senrose pon tak dapat.
Quote ajeajelah 7-11-2024 09:20 PM
Edited by ajeajelah at 7-11-2024 09:45 PM

Masya Allah. Cantik giler dia ni. Terletak muka dia. Bahagian mulut dia sangat manis. Set2 muka manis comel macam retis2 jenis muka manis comel yang lain. Kebesaran Allah. Set2 retis muka comel manis muka bulat kecik cam ctot, neelopak, fazura - jenis muka2 camni memang cantik in my eyes. Aku pasti Ada lagi retis kategori tapi aku lupa malam ni sbb ngantuk.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.143527 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top