CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Orang Korea lebih ramah kalau kita bertutur bahasa mereka’ - Sabrina Azhar

28-11-2024 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43274| Komen: 36

 


PETALING JAYA – Gara-gara berhijab di tempat orang, pelakon Sabrina Azhar berkongsikan detik hitam yang dilalui rakannya saat berdepan dengan layanan buruk di Korea Selatan.

Kongsi Sabrina, 24, kejadian itu berlaku sewaktu rakannya itu sedang berbasikal berhampiran kawasan Sungai Han, Seoul sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Malang tidak berbau apabila lelaki itu tiba-tiba melontarkan kata-kata kesat dan menarik tudungnya rakannya itu.

“Kawan saya memang gemar berbasikal di kawasan Sungai Han. Hendak dijadikan cerita apabila satu hari ada seorang pak cik datang ke arahnya dan memaki hanum.

“Pak cik itu suruh kawan saya pulang ke negara asal dan menarik tudungnya. Disebabkan terkejut, kawan saya kaku dan terdiam.

“Dia tidak tahu hendak buat apa pada waktu itu dan berasa trauma. Walaupun saya tiada di tempat kejadian, tetapi saya sangat bersimpati kepada dia,” katanya kepada Kosmo! Online.


Sabrina yang juga bekas pelajar di sebuah universiti di Korea Selatan bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah berhadapan dengan situasi rasis sebegitu.

Namun, dia tidak menafikan penduduk tempatan akan lebih menjadi mudah mesra kepada pelancong asing yang fasih bertutur bahasa mereka.

“Alhamdulillah saya tidak pernah berdepan dengan situasi rasis walaupun berhijab. Paling tidak pun sewaktu saya ingin membeli barang di pasar, saya menerima pandangan serong daripada peniaga di situ,

“Kemudian selepas saya bertutur dalam bahasa Korea, mereka menjadi sangat ramah. Bukan saya hendak mempertahankan mereka, tetapi penduduk tempatan akan menjadi mudah mesra sekiranya mereka senang berkomunikasi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sabrina bakal membintangi drama berjudul Rahsiamu Selamat Denganku yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula 9 Disember ini.

Kata Sabrina, dia teruja diberi peluang berlakon dalam drama televisyen di Malaysia dan berkongsi perbezaan sewaktu melibatkan diri dalam penggambaran web drama di Korea Selatan.

“Perbezaan berlakon di negara sendiri, saya lebih rasa selesa kerana jika di Korea kadangkala membuatkan saya sendiri rasa terasing. Di Korea saya hanya berlakon web drama dan di sini (Malaysia) saya berpeluang berlakon drama televisyen.

“Saya terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon di sini namun buat masa ini saya memang berulang-alik dari Korea ke Kuala Lumpur,” ujarnya.

Selain Sabrina, drama Rahsiamu Selamat Denganku turut dibintangi Alvn (Alvin Chong), Azri Safix, Meena, Faranadiah, Adriana Adnan, Nik Rifaiel dan Fadlan Hazim. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 28-11-2024 10:27 PM
org korea pun paham yg bahasa mereka lebih penting...knp rakyat malaysia yg lain taknak ckp bahasa malaysia?
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:02 AM
serabut la dia ni. suara bingit
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:03 AM
ye memang diorg ramas ramas
Quote liyamariska 29-11-2024 08:31 AM
buka ker org korea selatan ni kuat rasis... tak paham yg dok puja sembah kt kaum nih...
Quote BungaKencana 29-11-2024 11:54 AM
takpe org kite sgt sanjung org Korea Selatan..racist tu takpeeee...
Quote mrseller 29-11-2024 12:09 PM
Mader faker korean racist much?
Quote nusaraya 29-11-2024 12:12 PM
Edited by nusaraya at 29-11-2024 12:14 PM

Wajarlah jika merek senang jika anda bercakap bahasa korea di sana ...tetapi menjadi aneh ketka anda marah kepada orang cina yang masih berbahasa cina di malaysia ...padahal anda sebenarnya tahu itu adalah bahasa ibu mereka ..seperti halnya bahasa melayu bagi bangsa melayu .Hehehehe  
Quote kepompong 29-11-2024 12:38 PM
citer pasal lakonan kenapa letak kat c.i.

patot kat bodgos
Quote talapia 29-11-2024 12:40 PM
liyamariska replied at 29-11-2024 08:31 AM
buka ker org korea selatan ni kuat rasis... tak paham yg dok puja sembah kt kaum nih...

maybe sbb dorang ni takde berbilang kaum kot.. tak terdedah dengan kaum lain...
pada dia kaum dia la yg thorbaik.
and  dorang tak ramah dgn org luar.. most probably sbb dorang tak pandai berbahasa asing..
english walaupun diajar sejak kecil.. tapi sangat sedikit penguasaan nya di kalangan rakyat dorang..
even professionals pon tak fluent sangat english.

kalau yg tua2 tu.. memang stok2 aku la yang terbaik gitu
yg muda2 ni lebih open... datang Malaysia.. embrace la jugak budaya orang..

kita ni pulak pegi mane2 memang senang nak adapt... sbb dah biasa berbilang budaya..
tak jadi masalah sangat.
even makanan korea telan lek lek je... melambak makanan korea kt Malaysia..
so dah biasa..
Korean datang Malaysia.. terkial2 nak makan..

Quote Skuau 29-11-2024 12:45 PM
nusaraya replied at 29-11-2024 12:12 PM
Wajarlah jika merek senang jika anda bercakap bahasa korea di sana ...tetapi menjadi aneh ketka anda ...

negara tertangga pasti iri.
negara tertangga ketar ketir.
              -kohona
Quote Kitty_catz 29-11-2024 02:32 PM
orang korea kote plg pendek kan?

size pulak 2B so acik2 malaya leh flip2 tudung

Quote nusaraya 29-11-2024 03:29 PM
Skuau replied at 29-11-2024 12:45 PM
negara tertangga pasti iri.
negara tertangga ketar ketir.
              -kohona

10 tahun di masa hadapan .. apakah melayu masih ada atau sudah berubah menjadi Malaydesh ?

[youtube]HZAYhTjFrzg[/youtube]

Quote airmineral 29-11-2024 03:32 PM
ye pandai ckp korea tu bonus tp ko ada beauty privilege dik
cer kalau skin color ko darker...

xpnh minat dia ni tp lama2 tgk dia ni agak defensive dgn kelakuan dia lagi2 bila org tegur dia menari2 tu dgn hijab tak proper + mendada2 yihhh
Quote edayildiz 29-11-2024 03:34 PM
org korea bkn suka pun org malaysia..tp dorg suka dtg sabah..apa best sabah tu..sumandak cantik gebu gebas kot kn kak ticer @chazey
Quote edayildiz 29-11-2024 03:36 PM
masa i tgk si sab ni dlu..vlog dia kt us sana..
i ingt she kwn i nama sama..muka ada iras..i xsuka sgt bdk sab yg kwn i dlu..nama sama..nama bapak pun sama....kwn i sab tu pun pindah us ikut baoak dia..lama lamami search psl bdk ni..ohhh nsb dia bkn ex kwn i
Quote IzzahF 29-11-2024 03:38 PM
dah mmg la..dorang pun tau satu bahasa je hahahaha. org lain yg kepoh nk ckp bahasa korea, dorang tak heran pun dgn ko
Quote copy_paste 29-11-2024 03:44 PM
ifanonline replied at 28-11-2024 10:27 PM
org korea pun paham yg bahasa mereka lebih penting...knp rakyat malaysia yg lain taknak ckp bahasa m ...

sbb ada yg beranggapan berbahasa malaysia xde class,
kalau guna bahasa english nampak bijak hahahahhaha kenkonon mat saleh
Quote Skuau 29-11-2024 03:46 PM
nusaraya replied at 29-11-2024 03:29 PM
10 tahun di masa hadapan .. apakah melayu masih ada atau sudah berubah menjadi Malaydesh ?

Bapak gue BANGLA.
Ibu gue JAWA.
Gue...MELAYU MALAYSIA...pak.
Quote kucingitam 29-11-2024 04:40 PM
mana2 negara pun camtu dekk.. ko gi france, ckp english dgn drg tgk.. moncong je, dibolayannya kau..
tapi korean mmg betul racist, member aku cina kahwin dgn korean pun org korea tak iktiraf..tak dilayan..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045445 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top