CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Peniaga tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa

28-11-2024 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43171| Komen: 23

 


SINGAPURA – Seorang peniaga menjual laksa berkuah cacing tanah yang telah dikeringkan di sebuah pusat beli-belah di Singapura, lapor laman berita Stomp semalam.

Menurut jurnal sains, cacing tanah telah lama menjadi makanan manusia kerana sifat perubatannya.

Cacing yang telah dikeringkan itu dikenali sebagai dilong dalam perubatan China tradisional.

Peniaga tersebut, Zac Choy, 54, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa ibunya selalu menambah dilong dalam kuah laksa.

“Ibu saya pernah menjual laksa di Melaka.

“Dia menyerahkan resipi itu kepada saya dan meminta saya menambah baik. Ketika proses itu, saya mencuba produk siap dan merasakan bahawa ia tidak cukup enak, seolah-olah ia kehilangan beberapa bahan utama.

“Atas cadangan ibu, saya menambah cacing tanah kering ke dalam kuah untuk menjadikannya lebih segar dan lazat.


“Saya secara beransur-ansur mempunyai pelanggan tetap dan memberitahu mereka perkara sebenar. Walaupun terkejut, mereka tidak terlalu peduli kerana menyukai rasa laksa itu,” kata Choy. – AGENSI

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanamunir 28-11-2024 11:49 PM
tau cacing banyak protein, tapii..
i just can't
Quote monreyes 29-11-2024 12:55 AM
pengsan aku kalau nmpk natang ni
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:51 AM
sedap ni. kalo cacing basah lagi sedap
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:51 AM
lipan tak letak ke? baru ada rasa umumi
Quote nisako 29-11-2024 07:45 AM
eiiiiiiiiii
Quote pokokmeranti 29-11-2024 07:54 AM
so....ada org Melaka dah pernah santap laksa kuah cacing le ye....itu sbb jgn percaya kedai 'pork free' dan seangkatannya...
Quote liyamariska 29-11-2024 08:27 AM
teringat citer2 mistik seram mengenai org2 yg makan "mee goreng"suma bagai tu sebenarnya makan cacing segala serangga sakan..
Quote akies 29-11-2024 08:28 AM
Aneh2 shj
Quote sangbara2020 29-11-2024 08:47 AM
sbb kekunun dlm perut kita mmg dh ada cacing ke?
Quote BungaKencana 29-11-2024 09:26 AM
siak laaa... biasa nmpk cacing aku siram dgn pencuci toilet terus terputus badan dia...
Quote hokeypokey 29-11-2024 11:57 AM
tak tergamak nk telan..
Quote cm_vungtau 29-11-2024 12:56 PM
Teringat kawan anak aku makan mi busuk gila. Dari jauh boleh bau. Aku tanya pebenda busuk benau tu? Dia cakap worm. Dia cakap nanti I belanja auntie. Kosser
Quote dua_chzy 29-11-2024 01:13 PM
Ni ha dilong. Ghopa macam ikan kering ja.

1000010163.jpg

1000010162.jpg
Quote dua_chzy 29-11-2024 01:13 PM
Aku imagine tekstur dia kenyal2 gitu dalam kuah laksa.
Quote makita 29-11-2024 02:54 PM
Edited by makita at 29-11-2024 02:57 PM
pokokmeranti replied at 29-11-2024 07:54 AM
so....ada org Melaka dah pernah santap laksa kuah cacing le ye....itu sbb jgn percaya kedai 'pork fr ...


Hahaha ramai dah mkn kt Melaka tu nampaknya.
Quote makita 29-11-2024 02:55 PM
dua_chzy replied at 29-11-2024 01:13 PM
Ni ha dilong. Ghopa macam ikan kering ja.

Oh ni cacing yg dah lama di alam barzah. Igtkan dia guna cacing fresh ketik ketik melentok tu.
Quote Skuau 29-11-2024 03:08 PM
awat tak letak 'ulat Swak' tu(apa nama...apa nama)
Quote Jitu 29-11-2024 03:20 PM
lantak deme la
dah selera kan
lg pun deme bkn ada halal haram, suci
Quote Jitu 29-11-2024 03:21 PM
Skuau replied at 29-11-2024 03:08 PM
awat tak letak 'ulat Swak' tu(apa nama...apa nama)

ulat sagu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040678 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top