CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar psikiatri warga Malaysia dera remaja Ireland secara seksual dipenjara

4-12-2024 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 98487| Komen: 1078



DUBLIN: Seorang pakar psikiatri kanak-kanak rakyat Malaysia semalam dipenjara lapan tahun enam bulan kerana menjalankan aktiviti pengantunan seksual (child grooming) serta mendera remaja perempuan warga Ireland.

Amirul Arif Mohd Yunos, 38, yang beralamat di Hollystown, Dublin 15 bekerja di pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin ketika kesalahan itu dilakukan tahun lalu.

Mangsa bukan pesakitnya secara rasmi bagaimanapun Amirul Arif diminta oleh ibu bapa mangsa yang mengenalinya untuk membantu melihat serta merawat anak mereka yang mengalami kesihatan mental.

Ketika kejadian gadis berkenaan berumur antara 15 hingga 16 tahun dan kali terakhir berlaku pada September tahun lalu.

Amirul Arif mengaku bersalah atas enam pertuduhan termasuk melakukan perbuatan seksual dengan kanak-kanak bawah 17 tahun, pertuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak dan satu pertuduhan bertemu kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seksual.


Dia tidak mempunyai rekod kesalahan dan sudah berada dalam tahanan berkaitan kesalahan itu sejak 14 bulan lalu.

Mahkamah memberitahu remaja itu kini berusia 17 tahun sedang mengalami tekanan mental yang ketara secara berterusan.

Penderaan bermula dengan sentuhan yang tidak wajar, sebelum meningkat kepada seks oral. Kesalahan itu berlaku di beberapa lokasi termasuk di dalam kereta, rumah pelaku, rumah mangsa dan di tempat kerjanya.

Dalam kenyataan oleh mangsa yang dibacakan di mahkamah oleh peguam pendakwa Derek Cooney BL, remaja itu berkata bahawa penderaan terbabit meninggalkan "trauma yang menyakitkan dan serius" kepadanya.

Mangsa menyatakan bahawa dia menyalahkan dirinya sendiri kerana merasakan bahawa dia "memulakan" penderaan berkenaan dan "patut menerimanya."

Mangsa juga berkata bahawa dia akan "selamanya meragui niat orang yang ingin membantunya."

Menurutnya, pelaku terbabit "merampas sesuatu daripadanya yang tidak akan pernah kembali", dan kini dia takut terhadap lelaki dan kehidupan.

Penderaan itu, katanya, memberi kesan "amat menyakitkan" kepada dirinya secara emosi dan psikologi.

Hakim Orla Crowe menyatakan bahawa ini adalah "kes yang sangat serius" dan kenyataan mangsa itu menunjukkan kesan "sangat berat" dan berpanjangan terhadap remaja perempuan itu.

"Kesalahan seperti ini perlu dihukum dengan hukuman penjara yang signifikan," kata Hakim Crowe, menetapkan hukuman awal 12 tahun penjara.

Beliau turut mengambil kira faktor mitigasi termasuk pengakuan bersalah awal, ketiadaan rekod jenayah terdahulu dan penyesalan yang ditunjukkan oleh tertuduh.

Tambahnya, mahkamah turut meneliti testimoni, surat permohonan maaf daripada Amirul Arit, serta laporan psikologi yang dikemukakan bagi pihaknya.

Dalam laporan psikologi itu, dinyatakan bahawa Amirul Arif mempunyai "kerjaya yang menjanjikan", namun kesalahan yang dilakukannya akan menghalangnya daripada bekerja dalam bidang itu di Ireland pada masa akan datang.

Hakim turut menyebut bahawa mahkamah "terkesan" dengan bahagian laporan psikologi yang menyatakan bahawa Amirul Arif sepatutnya memiliki pemahaman yang lebih mendalam mengenai kerosakan yang boleh disebabkan oleh kesalahannya, berdasarkan kepakarannya.

Hakim Crowe menambah Amirul Arif "sangat bernasib baik kerana komuniti dan isterinya tetap menyokongnya", merujuk kepada testimoni yang diserahkan kepada mahkamah.

Beliau kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun enam bulan bermula dari tarikhnya mula ditahan. - AGENSI

Sumber :– Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 4-12-2024 09:47 PM
Mcm nama adik ipo sheikh muza.....r.. ke salah org
Quote ifanonline 4-12-2024 09:52 PM
rakyat malaysia ni pantang tengok burit pink...burit cokelat taknak pulak
Quote weezerfan 4-12-2024 09:58 PM
Buritan replied at 4-12-2024 09:47 PM
Mcm nama adik ipo sheikh muza.....r.. ke salah org

Ya..adik dr harlina.ada depa expose kat X
Quote Cookingholic 4-12-2024 10:10 PM
Buritan replied at 4-12-2024 09:47 PM
Mcm nama adik ipo sheikh muza.....r.. ke salah org

Baca komen chuols lantas I’m intrigued to know more.
Mcm ye jer.
IMG_9664.jpeg
IMG_9665.jpeg
Quote Delifrance 4-12-2024 10:19 PM
Wife cantik dah.. awat pi cari pasal.
Quote missbigrockstar 4-12-2024 10:19 PM
Dari siang tadi tunggu siapa2 buka thread. Dr amirul ni pernah viral masa kahwin, wife dia bertongkat, kaki pakai cast injured sebab nak selamat kucing. Mmg Comel manis wife dia. Kenapa lah iman senipis bawang. Kau dah signed doctor's oath, kalau doctor pun tak boleh percaya, pada siapa pesakit nak rujuk lepas ni
Quote sharlenetexas 4-12-2024 10:33 PM
@ipes2 kenal tak?

Quote sharlenetexas 4-12-2024 10:39 PM
Mcm cite raising cain.

Quote shernazz 4-12-2024 10:46 PM
Hanat betul..
Quote dagusengett 4-12-2024 10:48 PM
Ohhh no wonder kat tt dr halina yg keluar search
Ada gambo laki lahanat ni kerr
Quote batmana 4-12-2024 11:00 PM
Edited by batmana at 4-12-2024 11:01 PM

[twitter]https://twitter.com/GrogiusMaximus/status/1864022373550174259[/twitter]
yg ni ka?

itula aku ckp, klu jadi t20 tu, dah jatuh wajib kawin byk.. kawinla ramai sket, yg jadi bini pun jgnla malu2 cari madu 3 org , biar laki ko sibuk smpai mampus nk layan bini masing2 smpai tkde masa nk buat benda lagho

Quote newyork 4-12-2024 11:06 PM
Mendonia malaysia di Uk
Quote cmf_jeangrey 4-12-2024 11:10 PM
Officially pedofail la ni..


Quote bloodyamuk 4-12-2024 11:11 PM
malaysia dengan kes pedo di UK berpisah tiada yach
Quote mrsamz 4-12-2024 11:13 PM
newyork replied at 4-12-2024 11:06 PM
Mendonia malaysia di Uk

Ireland nokkk
Quote allshares 4-12-2024 11:53 PM
Jgn berak dlm pinggan nasi ko, g la cari pelacur yg da cukup umur. Ape Bodo sgt groom remaja. Mmg ptt kena penjara. Dlm sana belum tentu selamat. Dah la omputih mmg anti dgn child molester or abuser. Mungkin keluar esok2 lubang jubo seluas tin Pepsi.
Quote Sazreena 4-12-2024 11:54 PM
Dah cerdik tu buat je la keje leklok...nak jugak buat yg aneh-aneh...ni pun sama giler cam kes doktor cina yg sedate patient siap rakam perowgoalan ituh. Ko bukan johny dosa yg boleh pegang byk karekter hanat.
Quote syamzana 4-12-2024 11:59 PM
wahhh....
kerjaya...fmly...education background satu fmly semuanya la t20 tapi peel hamjadahhhhh.
kejadah child psy ujung2 ko pun pedo

euwwww jijiksss
Quote syamzana 5-12-2024 12:00 AM
batmana replied at 4-12-2024 11:00 PM
yg ni ka?

itula aku ckp, klu jadi t20 tu, dah jatuh wajib kawin byk.. kawinla ramai sket, yg jadi  ...

mslhnya dia giler ke underage...boh la 10 wanita depan dia pun yg kanak2 perempuan jugak dia nak.
jijik celaka ni berselindung disebalik kerjaya.

Lihat semua komen(1078)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.190793 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top