|
Kenyataan pelakon dan model Zahnita yang mengatakan dia mendapatkan resipi pai menerusi carian di Google adalah tidak benar. Suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, turut berkata, Zahnita juga berbohong memberi kenyataan itu sebaliknya dia meminta resipi berkenaan daripada ibunya iaitu Norazlina Abdullah. Sebagai bukti, Zackery turut berkongsi mesej perbualan ibunya yang dihantar Zahnita menerusi aplikasi WhatsApp.
Dalam perbualan itu, Norazlina turut memberikan kata-kata sokongan buat aktres berkenaan. "Oh awak mahu mulakan perniagaan. Semoga berjaya dan saya doakan kejayaan buat awak. "Tolong jangan kongsikan resipi ini di Instagram ya. Terima kasih. Saya harap awak faham kerana ia adalah sumber rezeki saya, tetapi saya tidak kisah berkongsi dengan awak untuk perniagaan ini," tulis Norazlina. Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Norazlina meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya kerana tergamak bersangka buruk tentang dirinya.
|
borrow replied at 9-1-2025 03:00 PM
Dulu sheols ckp tu resipi mil kan. Sapa lg follow ig boleh kompemkan. Mil mmg ada ambil order/baking ...

nuhanis replied at 9-1-2025 03:09 PM
Eh bukan memang dia cakap pie resepi mak mentua ke dulu? seingat aku la.
sejak bila cakap resepi goo ...
Ms.Mangga replied at 9-1-2025 03:32 PM
Laaahhhhh. Dlm dunia ni MIL dia sorang je ke yg pandai buat pie tu? Resepi pun nk kecoh. Tahhapehape ...
brainbiru replied at 9-1-2025 03:21 PM
Ayat mak dia pon.. "pls do not share on ig"
Awatnya kalau share?????? Tgk ayat tu pun betapa toksik ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.097839 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.