Menerusi klip itu, seorang wanita tiga orang anak memuat naik video tersebut ketika sedang berbelanja di sebuah pasar raya terkemuka tempatan bertanyakan mengenai beg sekolah anak-anaknya. Seorang daripada tiga anak wanita tersebut berkata, dia mahukan beg sekolah berjenama LV dan wanita tersebut sanggup membelinya. Dengan memilih beberapa warna, beg jenama terkemuka dunia itu dianggarkan berharga RM20,000 sebuah. “Kalau tak dapat semua A belajar nanti ibu bagi hadiah penumbuk. “Zaman kita tak ada macam ni, sekarang budak-budak semua nak yang mahal-mahal,” ujar wanita tersebut sambil berbual dengan rakannya di butik mewah tersebut. Orang ramai menyifatkan ibu tersebut adalah cerminan kepada anaknya dan ada juga menegur tidak perlu layan semua permintaan anak-anak walaupun kita sayang mereka. “Tak salah beli barang mahal sebab ibu dia mampu, tapi tak boleh selalu ajar anak macam tu. Lemak dia nanti,” kata Farah Nadia. “Aku nampak mak budak ni lebih kepada nak menunjuk, terpulang pada niat dia lah. Kalau sayang anak tak perlu kot beli mahal-mahal macam tu,” kata salah seorang pengguna Facebook. Sumber: Kosmo
|
Triple_8 replied at 9-1-2025 11:10 AM
Entah-entah lakunan untuk content semata-mata.
tripleid replied at 9-1-2025 01:03 PM
Ehh japp...bukan ke Perikanan Nasional tuduh rakyat Msia skrg tgh susah ke??smpai nak beli beras pon ...
ADVERTISEMENT