"Terima kasih daddy, tapi ada ke orang nak support?" Demikian luah anak pelawak Shuib iaitu Thalita yang semakin murah rezekinya apabila menerima tawaran reviu produk di media sosial.
Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, yang terkejut dengan tawaran diterima, meluahkan kebimbangan sekiranya produk tersebut tidak mendapat sokongan ramai. Thalita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Shuib pada Isnin. Dalam hantaran tersebut, Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, memaklumkan kepada anak sulungnya itu bahawa dia menerima tawaran melakukan reviu produk. Kata Shuib, perkara ini sudah pun disahkan dan sempat mengucapkan tahniah atas pencapaian Thalita. "Awak dapat job. Reviu produk orang, buat video untuk promosi. "Ya, dia (klien) dah hubungi daddy (panggilan Shuib), dah confirm dia cakap nak Thalita. Tahniah!
"Daddy dah confirmkan dengan dia, daddy cakap okay Thalita boleh buat. Daddy yakin," ujarnya. Melihatkan reaksi Thalita, Shuib terus memberikan semangat buat Thalita dan percaya dia boleh melakukannya. "Kenapa pula orang tak support awak? Tempoh hari awak buat persembahan di Bukit Bintang ramai orang datang sayang. "Kenapa awak tak yakin ke? Senang sahajalah nanti kita buat video. Sebelum ini awak pernah buat video tudung untuk order, macam itu sahaja. Shuib sekeluarga memberikan sokongan sepenuhnya kepada Thalita.
|
red_velvet replied at 3-2-2025 10:10 PM
Amendeeee laaah.. Tak nak hencapan budak, nama pun budak.. Tapi bapak, mak tiri , atok, nenek tiri d ...
red_velvet replied at 3-2-2025 10:10 PM
Amendeeee laaah.. Tak nak hencapan budak, nama pun budak.. Tapi bapak, mak tiri , atok, nenek tiri d ...
PULANGKAN replied at 4-2-2025 01:58 AM
tiba2 iols teringat dialog cerita lama kat tv
ada 2-3 orang budak, baru masuk universiti, m ...
A-Are replied at 4-2-2025 08:47 AM
I teringat kawan-kawan I p melawat almamater dekat pantai timur, ada sorang lecturer nampak kami st ...
A-Are replied at 4-2-2025 08:47 AM
I teringat kawan-kawan I p melawat almamater dekat pantai timur, ada sorang lecturer nampak kami st ...
cm_vungtau replied at 4-2-2025 10:59 AM
Semua area KL Selangor boleh panggil KL kalau untuk orang yang dari kecik dekat KL Selangor. Selal ...
ADVERTISEMENT