CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Kentut Pun Jaga Imej' - 5 Tahun Nikita Willy Tahan Kentut Depan Suami

4-2-2025 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37505| Komen: 6

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Nikita Willy sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas mendedahkan bahawa dirinya tidak pernah membuang angin di hadapan suaminya, Indra Priawan.

Menerusi satu sesi podcast, Nikita atau nama lengkapnya Nikita Purnama Willy, 31, berkongsi mengenai tabiatnya yang akan pergi ke bilik air setiap kali mahu membuang angin (kentut).



IG Nikita

Dedah Nikita lagi, sepanjang hampir lima tahun berkahwin, dia tidak pernah kentut di hadapan suaminya itu.

"Sampai sekarang ya, dia belum pernah dengar kentut saya. Saya selalu kentut di bilik air.

"Kalau saya tidur dengan adik saya di rumah, saya akan kentut dalam selimut," katanya.

Pelantun lagu Ku Tetap Menanti itu menjelaskan bahawa dia sememangnya tidak boleh kentut jika berada dekat dengan suaminya.

"Kentut saya pun jaim (jaga imej). Macam kentut saya tak mahu keluar kalau depan Indra," tambahnya.


Keunikan Nikita ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang kagum dengan cara dia mengawal diri, menjaga adab serta imejnya meskipun di hadapan suami.

Tidak kurang juga, ada dalam kalangan netizen bersetuju dengan cara Nikita dan berpendapat bahawa membuang angin di hadapan orang adalah perbuatan kurang sopan dan biadap.


Sumber: OHBULAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 4-2-2025 04:13 PM
eh sama la. haha. ada gak org mcm aku. waima dpn family pon x pernah la. mcm segan. huhu
Quote Carcosa 4-2-2025 08:43 PM
Best ek baca cerita2 mcm ni? Terasa mcm Einstein bila dpt baca ni. Otak aku amat berterima kasih.
Quote hokeypokey 4-2-2025 09:32 PM
eh cerita pasal kentut kt netizen tak jaga imej plak???
Quote Zeelalala 5-2-2025 12:46 AM
Ingatkan aku sorang je tak pernah kentut depan laki (ex). Tiap aku rasa nak kentut aku masuk bilik air. Punya malu kalau org dgr kentut tu haha.
Quote afie_m 5-2-2025 09:26 AM
aiyooooo...mcm ni cerita pun ada ke..lupa artis
Quote nonymous 7-2-2025 10:26 AM
hebatnya nikita boleh menahan kentut

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050416 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top