|
Hanya kerana tidak berkongsi nombor telefon adiknya, seorang pemuda dari Jawa Barat, Indonesia, cedera diserang seorang individu yang dikenali sebagai HS. Portal Kompas melaporkan, mangsa dikenali sebagai AH, 22, diserang menggunakan senjata tajam oleh HS, 20. Kejadian berlaku pada Isnin, 3 Februari, ketika AH baru pulang dari masjid. Suspek meminta nombor telefon adik mangsa, namun mangsa tidak menurut permintaannya. Disebabkan itu, suspek berang dan mencederakan mangsa menggunakan senjata tajam jenis samurai, kata jurucakap Pengelola Informasi dan Dokumentasi Multimedia (PIDM) Polis Sukabumi Kota, Ipda Ade Ruli Bahtiarudin Kasubsi, dalam satu kenyataan media bertarikh 5 Februari. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.035771 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.