CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertimbus Tanah Ketika Korek Lubang Tandas

6-2-2025 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7569| Komen: 2

Berpantang maut sebelum ajal. Demikian nasib seorang pekerja kontrak warga Indonesia apabila berjaya diselamatkan selepas tertimbus tanah ketika melakukan kerja menggali tangki kumbahan sebuah kedai makan di Kampung Tanah Lot Pantai, dekat sini, dekat sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi, mangsa Nurpatah, 49, berasal dari Braja Sakti Indonesia berjaya dikeluarkan anggota bomba kira-kira jam 1.30 tengahari.

Anggota bomba dan penyelamat Dungun sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan lubang kumbahan yang digali.

Ketua Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba,Sharizal Shamsudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi.

Beliau berkata, berikutan itu sepasukan sembilan anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang melakukan kerja menggali lubang tangki kumbahan di situ sedalam kira-kira dua meter.


"Ketika melakukan kerja terbabit, secara tiba-tiba tanah di situ runtuh dan menimbus mangsa," katanya.

Beliau berkata Katanya, rakan mangsa kemudiannya meminta bantuan daripada orang ramai sebelum meminta bantuan bomba.

"Pihak kami menggunakan tali, skop serta bantuan jentera pengorek sebelum berjaya menyelamatkan mangsa.

"Mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta mangsa tidak mahu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan," katanya


Sumber- BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 6-2-2025 06:23 PM
abehla kedubes Msia dilempar tulur...
Quote supernaturalee 7-2-2025 11:03 AM
"Mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta mangsa tidak mahu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan," katanya


kenapa? xde pasport?
tp elok jugak
kot sejenis lari langsung x bayar
rugi kt gov nnt

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.082191 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top