CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Asing Jatuh Tingkat 7 Di Persiaran Gurney Kerana Masalah Dengan Kekasih

6-2-2025 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13099| Komen: 1

Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, maklumat itu diperoleh hasil temu bual dengan keluarga mangsa namun setakat ini pihaknya belum dapat mengambil keterangan daripada mangsa sendiri.



Harian Metro

"Lelaki itu mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat dan datang ke sini bersama keluarganya untuk melancong sejak 1 Februari lepas dan mereka dijangka pulang pada 12 Februari ini. Keluarga memaklumkan mangsa ada masalah perhubungan tetapi siasatan masih dijalankan.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Pada Rabu, seorang pelancong warga asing berusia 25 tahun cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney.


Gambar mangsa terjatuh di atas bumbung replika bangunan dekorasi Tahun Baharu Cina tular di media sosial.


Sumber - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-2-2025 11:46 PM
Oo tak mati lah yer.. tapi tu tak kan x der patah2

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-3-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042631 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top