CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami tak bagi isteri bersalin, kena masak sahur dulu-akhirnya bayi mati dalam kandungan

12-3-2025 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12384| Komen: 20|Original author: Raline

lh.PNG


Seorang wanita hamil kehilangan bayi dalam kandungan gara-gara sikap suami terlalu mementingkan diri sendiri.

Kisah menyayat hati ini diceritakan oleh seorang pegawai perubatan di laman sosial, melibatkan wanita tersebut ketika usia kandungannya 32 minggu.

Mengimbas kembali kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu, doktor berkenaan berkata, wanita tersebut hadir ke klinik membuat pemeriksaan kesihatan.

Dia didapati mengalami komplikasi kesihatan dan tekanan darahnya yang tinggi boleh menyebabkan sawan.

Dalam keadaan cemas itu, wanita tersebut perlu segera melahirkan bayi dalam kandungan walaupun dan khidmat bidan diperlukan untuk mengendalikannya.

Namun, pihak hospital perlu mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu untuk kes kehamilan, sebelum pasukan perubatan menjalankan proses bersalin.

Malangnya, si suami yang dihubungi melalui telefon memaklumkan bahawa dia sibuk selain memberikan bermacam alasan.

Malah ketika berita cemas mengenai isteri dikhabarkan kepadanya, dia mengatakan hanya boleh ke pusat kesihatan dalam masa kira-kira dua jam.

Tiba di klinik, lelaki itu tetap dengan pendirian untuk membawa pulang isterinya dengan alasan wanita itu nampak baik-baik sahaja selain perlu memasak untuk sahur pertama.

"Malam nanti adalah puasa pertama. Saya tak mahu lepaskan momen istimewa ini. Isteri saya sepatutnya pulang malam ini.

"Isteri saya kena masak untuk puasa. Ada anak kami yang lain kena jaga juga.

"Kalau kami pergi hospital sekarang, macam mana dengan sahur kami nanti? Harap maklum doktor. Isteri saya sihat," kata lelaki itu tanpa memikirkan nyawa isterinya dan anak dalam kandungan.

Mahu pihak doktor memahami keadaannya, si suami dengan yakin menjelaskan dia akan bertanggungjawab terhadap isterinya dan anak yang bakal lahir.

"Dia isteri saya, yang dalam perutnya juga anak saya," tegasnya.

Keesokan hari, doktor dan bidan di pusat kesihatan menunggu kedatangan wanita hamil itu.

"Dah bertukar syif tapi masih tak datang. Ibu berkenaan disangka dibawa ke tempat lain untuk bersalin," kata doktor itu.

Namun alangkah terkejutnya apabila wanita itu muncul di pusat kesihatan tiga hari kemudian dengan keadaan perutnya semakin membesar tetapi masih belum bersalin.

"Setelah diperiksa, tekanan darah masih tinggi. Denyutan jantung janin juga tidak dapat dikesan. Ini bermakna janinnya mati dalam kandungan," katanya.

Menurut pegawai itu, disebabkan sikap si suami yang pentingkan diri sendiri, nyawa isteri dan anak terancam sehingga akhirnya mengorbankan bayi dalam kandungan.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ina_na 11-3-2025 09:24 PM
Menyampah iolss baca...mcm la x leh bl je lauk kat kedai,atau balik rumah mak mertua atau mak sendiri....anak dah meninggal kuat ayat anak tunggu di syurga...buat anak lg...kalo isteri meninggal kawin baru tambah lg anak... Spesis kn campak ke sungai bg buaya makan
Quote pocongkiutss 11-3-2025 10:52 PM
Shilake punya jantan
Quote Decaffeinated 11-3-2025 11:14 PM
Namun alangkah terkejutnya apabila wanita itu muncul di pusat kesihatan tiga hari kemudian

Nampak seperti di sini kesilapan nya tapi masak sahur puasa pertama yang disalahkan.
Quote ninja boy 12-3-2025 02:51 AM
Macam x biasa wanita dikahwini utk jadi tukang2 masak beranak basuh baju jaga budak kau hanya pi kerja balik kerja semua dah siap
Quote hiswife 12-3-2025 04:24 AM
Moral of the story jangan kawen lelaki yang buat perempuan macam bibik. Kalau tak pandai masak, pergila beli. Ngade2 betul nak jugak bini masak
Quote Jitu 12-3-2025 07:13 AM
konoha iq 78
Quote syamzana 12-3-2025 07:18 AM
lepas 3hari baru mai blk...sempat sahur+berbuka 2hari nohhh.
payah kawen dgn lelaki kedekut/miskin neh...takde bini terus kebulur org2 dlm umah
Quote sukacactus 12-3-2025 07:19 AM
Lantak dia la dah dia kata tu bini dia, dlm perut tu pun ank dia
Bininya pun ngikut je
Quote Decaffeinated 12-3-2025 07:23 AM
Cerita dari indon acik2 judge guna kayu ukur seperti pasangan ni t20 nak makan ayam percik sila ke param berdekatan. Tah2 orang tu nak beli beras pun terkial2. Wartawan cari punya cerdik cari konten dari seberang tu memang dah tak boleh bincang.
Quote IzzahF 12-3-2025 08:09 AM
wartawan zaman nau suka kutip cerita dari yindon tak pun yindia. apakah wartawan pun leluhur dari yindon yindia juga? begitu amik berat kejadian kat negara tanah tompah darah leluhurnya jua

sakit plak hati aku
Quote KamikuP 12-3-2025 08:56 AM
Meolls despise berita dari yondon
Quote kelip2_07 12-3-2025 09:28 AM
puncanye laki lahanat tu xberduit tu jer..klu ade duit ko beli jerlh lauk2 tu..buat bini jd hamba plk tu
Quote Kiahlemau 12-3-2025 10:26 AM
Elok la anak tu mati...klu lahir pun terpaksa mengadap mak bapak yg bodoh mcm gini
Quote Andyscenes 12-3-2025 12:33 PM
indonnn punya perangai
Quote Prickford 12-3-2025 12:38 PM
Kalau kat Malaysia, sebab iolls penah melalui tekanan darah naik tinggi masa tengah check up, terus doktor panggil ambulan utk bwk ke hospital sbb boleh kena sawan, walaupon pada luaran nya ok. Tapi dok spital utk dptkan rawatan je la, takde pon suruh beranak time tu.
Quote sapeka 12-3-2025 01:03 PM
Jenis reti buat anak je kot
Benda lain x reti
Quote immi 12-3-2025 01:08 PM
Lelaki bodoh masih wujud dah tahun 2025 ni
Quote kaedahnya 12-3-2025 01:17 PM
Bodo Bodo bodo
Quote Zack8hunter 13-3-2025 06:57 AM
berita2 mcm ni forumer konoha tu selalunya takkan munculkan diri [em:4:]

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.159937 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top