ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi khabar gembira bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tidak lama lagi.
Fara, 33, mengesahkan mengenai perkara tersebut selepas melakukan imbasan jantina terhadap kandungannya yang bakal memasuki trimester ketiga.
Kata Fara lagi, pada awalnya ramai yang menjangkakan bayi dalam kandungan itu adalah anak lelaki.
"Ramai yang jangka bayi lelaki, termasuk saya sendiri. Namun selepas beberapa kali ujian dah sah bayi perempuan.
"Bayi perempuan yang kuat dan tabah dalam kandungan saya. Dia sihat dan kuat menendang," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.
Dalam pada itu, Fara berkata dia sudah melakukan beberapa persiapan bagi menyambut kehadiran cahaya mata sulung berkenaan.
Malah, dia dilihat membeli kelengkapan bayi termasuklah baju berwarna merah jambu yang sinonim dengan anak perempuan.''
"Saya telah buat sedikit persiapan. Semua akan berjalan lancar untuk saya dan bayi ini," ujarnya.
Fara dijangka bakal bersalin pada Julai nanti.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.
Sumber : mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|