|
PETALING JAYA – Tindakan sebuah lori towing yang membawa kontena besar dalam keadaan senget mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya. Menerusi satu video tular di TikTok milik @Abge_typer_, jelas menunjukkan lori berkenaan melalui lebuh raya dengan muatan kontena yang tidak stabil, sekali gus mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengkritik tindakan pemandu lori yang dianggap tidak wajar dan berbahaya. “Patut tahan lori tu jangan bagi jalan. Bahaya orang ramai,” komen Azman Kassim. “Saya ada lalu semalam..huh seram. Potong cepat, risau terbalik,” balas Jue Zikri. Seorang lagi pengguna, Nuramira, meluahkan rasa hairan apabila ada kenderaan lain yang masih berani memotong lori tersebut. “Masih ada yang nak lalu sebelah dia..mungkin tak perasan, kalau aku memang ikut belakang je la,” katanya.
Hantaran tersebut terus mendapat perhatian dengan menerima 9,025 tanda suka, 525 komen dan 6,773 perkongsian. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-3-2026 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.034638 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.