CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sentuh janggut guna kaki okay je, Caprice mengata orang Malaysia jenis tak open

19-3-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19562| Komen: 1|Original author: Raline

cap.PNG


Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice memberi penghormatan kepada pengarah dan barisan pelakon Bidaah kerana membawakan mesej berani dalam jalan cerita drama berkenaan.

Kata Caprice atau Ariz Ramli, 37, apa disampaikan oleh penerbit Erma Fatima bukanlah sengaja menghina agama Islam sebaliknya pendedahan tentang realiti segelintir golongan dengan imej alim.

Menurut Caprice, babak dipaparkan dalam Bidaah boleh memberi pengajaran kepada penonton agar tidak mudah terpengaruh dengan karakter digambarkan.



"Saya tabik kepada pengarah dan semua pelakon yang berani bawa watak itu. Bagi saya kalau ia memberi satu refleksi kepada realiti sebenar, ia adalah satu mesej penting kepada masyarakat.

"Kepada mengkritik drama ini kata boleh mencemarkan imej Islam di Malaysia… Pertama sekali, ia bukan berkaitan dengan Islam tetapi individu yang buat orang sesat menggunakan agama Islam.

"Situasi ini memang berlaku dalam masyarakat kita. Ia bukan satu gambaran boleh mencemarkan Islam, tetapi mesejnya boleh selamatkan umat Islam supaya tak terpengaruh dengan watak-watak seperti itu," katanya.

Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

  

Dalam pada itu, Caprice turut menyokong inisiatif pihak produksi drama tersebut namun menyifatkan masih ramai dalam kalangan masyarakat belum terbuka dengan pendedahan berkaitan agama.

"Bagi saya mesej-mesej seperti ini sangat penting cuma mungkin cara mereka (produksi) nak sampaikan mesej itu terlalu berani.

“Saya tak rasa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk drama seperti ini," ujarnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial adegan pelakon Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul menyentuh janggut Faizal Hussein menggunakan kakinya menjadi perdebatan ramai.

  

Selain itu, babak lakonan aktres Fazlina Ahmad Daud yang meminum air basuhan dan mencium kaki Faizal turut menerima pelbagai reaksi netizen.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jakim) memanggil produksi drama Bidaah bagi meneliti kandungan drama tersebut merangkumi klip video episod mencetuskan kontroversi selain babak yang belum ditayangkan bagi menilai kesan serta implikasi kandungannya.

Mengakui khilaf sendiri, Erma terlebih dahulu memotong dua babak tersebut dan menegaskan dia tiada niat mempersendakan agama.

Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-3-2025 09:27 PM
Kalau kaki cagu sentuh janggut kepris? Open minded kan?


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.253091 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top