Kontroversi yang melanda Roslan Shah nampaknya tidak berkesudahan apabila tular rakaman pelakon dan penyanyi Singapura itu berang ketika sesi rakaman podcast.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Al-Kisah Productions di TikTok, Roslan mengamuk selepas ditanya soalan mengenai ‘tak penat ke buat content bodoh?
“Off cam cakap semua soalan go je jangan tapis. Bile recording nak mengamuk? Sila ganti rugi barang kita yang kau pecahkan!” tulis keterangan video di TikTok.
Dalam video terbabit, Roslan naik hantu apabila dia ditanya soalan sebegitu dan mendakwa Al-Kisah Productions mahu memalukan dirinya.
“Kau panggil aku sebagai tetamu, tetapi kau tanyakan soalan mengenai ‘content’ bodoh. Kau nak aibkan aku depan orang macam ni kenapa?” kata Roslan.


Di ruangan komen, ada komen yang memuji Al-Kisah Productions tenang mengendalikan situasi selepas Roslan mengamuk.
Namun begitu, rata-rata warganet juga mendakwa ‘pertelingkahan’ antara Roslan dan Al-Kisah Productions hanya sekadar ‘content’.
Terdahulu, nama Roslan hangat diperkatakan selepas dia didakwa mencuri wang sejumlah RM66,000 (SGD20,000) milik pempengaruh dan usahawan Mangobossku.
Menjernihkan keadaan, Mangobossku mengakui tuduhan tersebut hanya sekadar satu ‘ujian kejujuran’ dan menafikan Roslan mencuri wang miliknya.
Sumber: Harian Metro, xtra
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|