CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singgah bazar Ramadan ‘undercover’ – Rafizi Ramli menyamar jadi orang awam

24-3-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3742| Komen: 36

 


PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyamar sebagai orang awam ketika mengunjungi salah sebuah bazar Ramadan semalam.

Beliau menerusi satu rakaman video memperlihatkan dirinya memakai topi dan pelitup muka ketika membeli juadah untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Menerusi rakaman video tersebut juga, setiap peniaga gerai yang dikunjungi Rafizi tidak dapat mengecam Menteri Ekonomi yang sedang membeli daripada mereka.

“Singgah bazar Ramadan. ‘Undercover’. Bersama ‘mummy’ dan Ben,” katanya menerusi rakaman video berdurasi kira-kira 2 minit tersebut yang dimuat naik di media sosial.

Rakaman video tersebut mendapat pujian sebilangan netizen kerana penyamaran seperti itu tidak pernah dilakukan oleh pemimpin lain.

“Hebat DS…turun ke bawah utk membuat pemerhatian sendiri dan menganalisa keadaan ..teruskan,” kata pemilik akaun Facebook Sidik Musa.


“Mantap Datuk Seri. Selamat berbuka puasa bersama keluarga dah besar anak lelaki,” kata Bidin Awang pula.

Pada akhir video, Rafizi memaklumkan beliau dan keluarga membeli jambu berharga RM5, kuih peneram RM6, chicken tenders RM15.90 dan ayam goreng RM4.50 berjumlah keseluruhan RM31.40. 


SUMBER: – KOSMO! ONLINE.
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 24-3-2025 08:44 AM
Dah penghujung Ramadhan baru nak menyamar?
Quote afie_m 24-3-2025 09:11 AM
rasa2 harga bazar berpatutan tak
Quote cantthinkofany 24-3-2025 09:21 AM
motip???...bkn motip gi bazar ramadhon...tapi motip up status.....
Quote prince_marhaen 24-3-2025 09:22 AM
Tak payah nak menyamar sangat lah pondan.... time isu2 kewangan & ekonomi senyap tak berkutik... dulu masa jadi pembangkang kemain analisis itu ini pakar ekonomi sangat....lepas dapat jawatan kecut telo terus senyap...
Quote BeskotCekelat 24-3-2025 09:27 AM
Kalau dia datang tak undercover pun, ada masa ke peniaga2 tu nak turunkan harga bila nampak dia? Satu hal pulak nak standby manila card & marker pen.
Quote BeskotCekelat 24-3-2025 09:27 AM
Kalau dia datang tak undercover pun, ada masa ke peniaga2 tu nak turunkan harga bila nampak dia? Satu hal pulak nak standby manila card & marker pen.
Quote KamikuP 24-3-2025 09:33 AM
Menyamar konon.. takut letew kene bahan kat bazaar kalau org ramai tahu.. ekekekeke
Quote SWORKS27 24-3-2025 09:49 AM
gigih dan undercover lapiji...takut pemuja dtg ke?
Quote namr 24-3-2025 09:53 AM
lah, menyamar pun orang cam lah badan badak kau tu piji
Quote tungkai 24-3-2025 10:29 AM
Ni undercover bukan utk buat reasearch harga tp lebih pd nak privacy. Takut kena kerumun org ramai tanya mcm2...Prfff...
Quote Naftalena 24-3-2025 10:43 AM
prince_marhaen replied at 24-3-2025 09:22 AM
Tak payah nak menyamar sangat lah pondan.... time isu2 kewangan & ekonomi senyap tak berkutik... dul ...

Antara entiti yang tenggelam lepas jadi menteri. Tak function!
Quote kaseh80 24-3-2025 11:02 AM
Bangang much
So menyamar apa fungsi
Quote ayukpingu 24-3-2025 11:35 AM
apa outcome selepas penyamaran? new formula ke?
Quote lipans 24-3-2025 11:46 AM
takut kena baling telur ke?
Quote vanilacup 24-3-2025 01:01 PM
Posting YB ala2 nak ikut trend rakyat marhaen di Tik Tok tapi netizen memang komen x ingat dunia..
Quote gigahertz 24-3-2025 01:22 PM
BeskotCekelat: Kalau dia datang tak undercover pun, ada masa ke peniaga2 tu nak turunkan harga bila nampak dia? Satu hal pulak nak standby manila card & marker pen.  ...

i rasa peniaga akan jerit " woi sotong woi sotong '
pastu peniaga lain kata " mari kita lauk dia "

Quote Orix 24-3-2025 01:35 PM
BeskotCekelat: Kalau dia datang tak undercove ...


Tu la pasal. Kekonon undercover, kalau dia tayang muka dia, dia pefeeling peniaga akan turunkan harga ke sementelah harga mmg terpampang dekat setiap gerai. Bodo punya piji
Quote grouper 24-3-2025 02:07 PM
Mana tau xde pemimpin penah buat undercover ni...diorg buat undercover senyap2 xde canang satu dunia mestilah org x tau
Quote TeropongThaico 24-3-2025 02:11 PM
Undercover....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.050246 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top