CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya merdekakan Erra Fazira pada Hari Malaysia tahun lalu’ - Mr. E

24-3-2025 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6848| Komen: 73|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-24 082548.png



Ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr. E akhirnya mengakui hubungan dengan pelakon Erra Fazira semakin serius sejak Ogos tahun lalu.

Malah, Ezwan, 44, memaklumkan dia dalam perancangan membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

“Sudah lama kami kenal cuma mula rapat tahun lepas. Hari Malaysia itu saya merdekakan dia,”

“Status perhubungan kami sekarang adalah cuba pergi ke fasa seterusnya iaitu fasa yang lebih baik.

“Dari fasa kenal kepada lebih mengenali. Kemudian mungkin ada merancang sesuatu, begitulah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika sesi fotografi dan majlis berbuka puasa di Kueh Setia Alam, di sini semalam.

Dalam masa sama, pengusaha restoran Kueh itu mengakui Erra menepati ciri-ciri wanita idaman sehingga membuatkan dia tertarik untuk mengenali pelakon Gerak Khas itu dengan lebih dekat.

“Sejujurnya saya tak mengenali sangat Erra sebelum ini. Pertama kali jumpa saya ada kekaguman dari caranya bercakap, tutur bahasa dan adab yang membuatkan saya tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam.

“Dia ada ciri-ciri wanita idaman saya seperti seorang yang agak matang dan lebih terbuka. Meskipun lebih berusia, kami tidak pernah ada masalah dari segi berkomunikasi.

“Saya bukannya tertarik dari sisi glamor Erra, tetapi lebih kepada sisi keperibadiannya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ezwan mendedahkan, ribuan pengikut baharu mahu mengikutinya di Instagram selepas terbuka berkongsi hubungan mesra dengan pelantun lagu Pertemuan itu.

“Kehidupan saya sebelum dan selepas tiada perubahan kerana sudah biasa berkomunikasi dengan orang.

“Kalau ada yang usik saya, saya hanya senyum tanpa mampu ulas apa-apa sebab tiada ketetapan. Cuma terpaksa ‘private’ (peribadi) Instagram kerana mahu menjaga privasi anak dan tidak mahu menjadi perhatian sangat.

“Ada ribuan juga yang dalam senarai mahu mengikuti saya tetapi setakat ini saya terima respons positif, tiada komen pelik-pelik. kalau ada mahu bergambar, okey sahaja,” jelasnya.

Memandangkan kedua-dua mereka mempunyai seorang anak perempuan sebaya, Ezwan mengakui mereka sudah berjumpa dan menerima lampu hijau untuk meneruskan hubungan terbabit.

“Kami sudah suai kenal dengan orang terdekat. Kebetulan anak perempuan kami sebaya dan anak ada beberapa kali jumpa Erra dan makan beberapa kali.

“Anak saya bukan seorang ‘introvert’. Jadi, dia agak terbuka dan saya sendiri selalu tekankan soal adab dan cara berkomunikasi dengan orang lebih dewasa.

“Setakat ini anak saya tidak ada masalah dan begitu juga dengan anak Erra,” tuturnya.

Sebelum ini, tular klip video memaparkan pelantun lagu Hanya Di Mata itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan.

Biarpun bukan pertama kali mereka muncul bersama, kesudian Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, mempromosikan kafe Ezwan seakan membuktikan hubungan mereka sangat istimewa.

Erra kini juga dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan lelaki terbabit dengan mengakui situasi tersebut disebabkan faktor kematangan dirinya.

Awal tahun ini kecoh dalam media sosial mendakwa artis berstatus ibu tunggal itu dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.

SUMBER: – KOSMO! ONLINE.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 24-3-2025 08:38 AM
Sikat la rambut tu elok skit
Rambut dpn tu kejung dh mcm rambut palsu
Quote Shayang 24-3-2025 09:36 AM
Sebelum ni Erra hamba sahaya siapa?
Quote fifie_olin 24-3-2025 09:42 AM
cam brape x kena plak
semoga bejodohan
Quote L@L@ 24-3-2025 10:32 AM
Aku ingat dah nikoh senyap2
Quote JahLupa 24-3-2025 10:42 AM
Ingatkan nikah..
Quote Naftalena 24-3-2025 10:57 AM
'Merdekakan ratu??'

Bendera merah berkibar dengan statement ni.
Quote bottombikini 24-3-2025 11:03 AM
ayat2 masa baru kenal...
semua indah2

matang la, open minded la..yada2
Quote likilu 24-3-2025 11:11 AM
Erra lagi tinggi?
Quote seri_mawr 24-3-2025 11:25 AM
kenapa guna perkataan "merdekakan"..?
sebelum ni erra terikat dgn mana2 contract ke..? x leh ada boifriend..? so mr E bayrkan kan..so kira merdekakan la kan..?


ke nak eja mendekati...? tp jauh benar peginya....
Quote princessmiang 24-3-2025 11:26 AM
Yihhhhhh adakah acik ratu tu hamba abdi?????

Ke unboxing
Quote NazRysha 24-3-2025 11:33 AM
muka lombok habis
nsem lagi laki acik porom
Quote KBW2 24-3-2025 11:36 AM
Merdeka camna tuh? Adoyai mengundang betul statement.
Quote cm_vungtau 24-3-2025 11:38 AM
Umur 44 tapi rambut dah seruper umur 60 ko dah kenapa nokss
Quote Lorra2411 24-3-2025 11:40 AM
Erra ada jadi hamba sesiapa ke sebelum nih???
Quote Joysparta 24-3-2025 11:44 AM
I is tak boleh la nengok rambut dia.

Dah kenapa??
Quote apedehal 24-3-2025 11:47 AM
Dah kalau kak ratu dah suka..semoga berjodohan & berkekalan..shian kak ratu dah lama bersarang...alisha pun dah penat agaknya dia asek bertukar mak tiri
Quote black_handbag 24-3-2025 11:51 AM
pelik merdekakan. igt dah kawin
Quote LaskarHijayu 24-3-2025 02:35 PM
Rasa mcm nak bg sikat je kat mamat ni. Rambut dia tu tah ape yg tak kena tah aku tgk. Sakit je mata ni
Quote Pujangga22 24-3-2025 02:57 PM
bkn Erra ni dah lama merdeka ker

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.135882 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top