CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan menyibuk rumah tangga orang,"-Adam Corrie

25-3-2025 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1828| Komen: 9|Original author: Raline

ad.PNG


Adam Corrie menasihati orang ramai supaya tidak mencampuri urusan rumah tangga individu lain, sebaliknya meminta mereka menitipkan doa kepada pasangan yang sedang diuji.

Tumpang simpati ujian menimpa mereka, Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 57, berharap Allah SWT membuka jalan agar pasangan itu dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dihadapi.



"Apabila kita melihat rumah tangga orang lain diuji, sebaiknya kita tidak masuk campur.

"Sebaliknya doakanlah agar mereka diberikan kebahagiaan dan kekuatan dalam menghadapi ujian tersebut.

"Semoga Allah mengurniakan ketenangan dalam hati mereka, membukakan jalan penyelesaian terbaik dan memberi ganjaran pahala atas kesabaran mereka saat diuji," katanya.



Adam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Adam berkata dengan melihat ujian yang dilalui orang lain di harap ia dapat memberikan pengajaran bagi memperkukuhkan lagi ikatan suami dan isteri.

"Dalam masa sama, ambillah pengajaran daripada kisah-kisah yang berlaku di sekeliling kita.

"Jadikan ia sebagai cermin untuk kita melihat kekurangan diri sendiri, agar kita sentiasa berusaha memperbaiki dan memperkukuhkan rumah tangga kita dengan baik," ujarnya.



Untuk rekod, Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazeema Mohd Fuad pada 2008.

Selepas 10 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Fateh Lee yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-3-2025 10:48 PM
Suka tgk heols menari contohnya tarian zapin. Nampak lembut tariannya tapi bukan pondan.


Quote nolya 25-3-2025 01:39 PM
Setuju dgn imbauan Sdr AC.  Nasihatkn sama  kpd mereka pula jgn juga ceritakan segala masalah dn keburukan pasagan dn rumahtangga atau riak, menunjuk2 kpd ramai. Jgn cipta  cerita jika tak mau orang bercerita.
Gitu kan?
Quote lightheaded67 26-3-2025 09:07 AM
cakap dia betol, ckp acik noya pon ade point. hohoho sebok kalau bantu selesai masalah takpele, sebok kalau tambah lagi masalah, go die. sebok nempel rumahtangga org supaya senang rumahtangga dia, tp rumahtangga kita yg bterabur, pon sama, go die.
Quote MadameOnion 26-3-2025 11:03 AM
macam mana pulak yg sebok hal org dah cerai? siap nak ship ship ex dgn individu tertentu supaya sorang lagi jeles..
Quote sleepandream 26-3-2025 11:34 AM
pesan jugak dkt pasangan yang tengah diuji jangan air their dirty laundry to social media...
Quote my_irina 26-3-2025 11:59 AM
saje nak OT...aritu ade try kedai makan dia ni...menu byk...taste not bad...portion bole tahan...yg comel nye ais air dorang ade shape teddy bear...
Quote nolya 26-3-2025 04:38 PM
MadameOnion: macam mana pulak yg sebok hal org dah cerai? siap nak ship ship ex dgn individu tertentu supaya sorang lagi jeles..


Jika ada member yg kenen2 atau paduk2kan Abng D dn atau Kak J dgn pasaga lain, baguslah galakkan bina  masjid baru. Yg dah bercerai dah tak ade kena megena. Kenapa nak jeles kalau yg patah tumbuh yg hilang berganti. .
Quote KamikuP 27-3-2025 11:05 AM
my_irina: saje nak OT...aritu ade try kedai makan dia ni...menu byk...taste not bad...portion bole tahan...yg comel nye ais air dorang ade shape teddy bear...


Katne kedai makan dia cuolls? Rega ok tak?

Quote TomyamPuteh 27-3-2025 11:26 AM
Makanan kt restoran dia mee kari je sedap. Yg lain hampeh.Rega kayangan blh tahan. Air gelas kecik. Benci betul aku.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037246 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top