CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

'Memalukan', Jojo sound aksi 'panas' Face-Off Fury Championship

14-4-2025 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 285| Komen: 0|Original author: tatod

3259357.jpg


"MEMALUKAN". Begitulah ungkapan jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar pada ruangan komen di Instagram ketika sesi Face-Off Fury Championship yang diadakan di Royale Chulan Damansara, Selangor pada Khamis.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh furychampionshipmy, sesi Face-Off antara pelakon, Shahidan Izwan dan pempengaruh media sosial, Tiger Labu menarik perhatian peminat tanah air.

Dalam video tersebut, Tiger Labu yang mengenakan baju Melayu berwarna hijau, dilihat memulakan provokasi dengan membaling botol yang dibawanya sebelum berlari ke arah lawannya.

Gimik 'Face Off' yang dianggap 'murahan' itu ternyata mengundang rasa kurang senang Jojo, mungkin mencalarkan reputasi seorang petarung sepertinya di gelanggang.

Bagaimanapun, keadaan tersebut dapat dikawal oleh pengasas Fury Championship, Mohd Wafiy Ilhan Johan bersama pengasas bersama, Mohamad Faizal Ahmad yang juga berperanan sebagai hos kejohanan
tersebut.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada komen Jojo tersebut sekadar gurauan atau mahu menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap gelagat kedua-dua petarung itu.





Kejohanan sukan tempur Fury Championship bakal memulakan aksi sulungnya menjelang pertarungan yang dijadualkan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 2 Mei depan.

Menariknya, kejohanan itu akan mempertaruhkan petarung-petarung yang terdiri daripada petarung profesional dan amatur, pempengaruh serta selebriti. - Majoriti




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057790 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top