CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

Menopaus, dimensia, wanita seawal usia 49 tahun antara kumpulan berisiko tinggi

14-4-2025 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 200| Komen: 0|Original author: tatod

IMG_20250413_233220.jpg






KAJIAN pakar mendapati wanita mengalami gejala menopaus cenderung mengalami masalah ingatan dan pemikiran apabila usia meningkat.

Ia susulan kaji selidik dijalankan oleh pakar daripada Kanada terhadap 896 wanita menopaus purata berumur sekitar 64 tahun.

Secara umumnya, mereka mula mengalami gejala menopaus seawal usia 49 tahun dan antara simptom awal dikenal pasti kecelaruan pemikiran, perubahan emosi dan gangguan tidur.

Kajian mendapati bahawa wanita menopaus berdepan kesukaranberfikir, mudah lupa ingatan dan sukar mengawal emosi dan tingkah laku.

sleep_1.jpg


Risiko demensia

Menurut para penyelidik, tempoh menopaus mungkin merupakan masa yang penting untuk menilai risiko seseorang wanita terhadap penyakit gangguan fungsi otak seperti demensia dan Alzheimer.

Walaupun simptom seperti lupa ingatan boleh berlaku secara normal semasa usia meningkat, ia juga mungkin menjadi petunjuk awal kepada masalah lebih serius.

Profesor Anne Corbett daripada Universiti Exeter, England yang menjalankan kajian itu menjelaskan bahawa perubahan dalam fungsi otak adalah sebahagian daripada proses penuaan biasa.

images.jpg

“Tetapi kita tahu bahawa penyakit Alzheimer boleh bermula bertahun-tahun sebelum ia didiagnos. Jadi, penting untuk kenal pasti faktor awal yang mungkin menyumbang kepada risiko tersebut,” katanya.

Beliau turut menekankan beberapa faktor boleh mempengaruhi risiko demensia dan bukan hanya simptom menopaus.

Justeru, wanita digalakkan untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan, termasuk kekal aktif secara fizikal, mengekalkan berat badan sihat dan menghindar diri daripada penyakit darah tinggi atau kencing manis.

Menopaus punca demensia?

Dalam pada itu, beberapa pakar menegaskan bahawa belum ada bukti kukuh menunjukkan menopaus merupakan punca utama indivifu mengalami demensia.

Profesor Aimee Spector, pakar psikologi klinikal penuaan daripada University College London (UCL) menjelaskan, perkara itu saling berkait, tetapi tidak bermaksud gejala menopaus boleh menyebabkan perubahan fungsi otak.

4245.jpg

Terdapat banyak faktor lain boleh menyumbang kepada isu tersebut seperti kemurungan atau masalah kesihatan fizikal.

Dr. Sheona Scales, pengarah penyelidikan di Alzheimer’s Research United Kingdom, turut berkongsi pandangan serupa.

“Demensia berpunca daripada kerosakan pada otak dan walaupun menopaus boleh mempengaruhi kesihatan otak, kita masih perlukan lebih banyak kajian untuk memahami perkara itu sepenuhnya," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa beberapa petanda awal menopaus seperti lupa ingatan memang menyerupai tanda awal demensia, namun ia tidak semestinya tepat.

"Adalah penting untuk menjalankan kajian menyeluruh bagi mengetahui punca wanita lebih berisiko mengalami demensia berbanding lelaki," tambahnya. — The Star





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.031269 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top