CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua lelaki termasuk warga Taiwan ditahan, lontar bom petrol di rumah peminjam

15-4-2025 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 379| Komen: 2|Original author: tatod

1000015300.jpg



Ipoh: Penahanan dua lelaki termasuk warga Taiwan yang dipercayai orang suruhan along atau ceti haram dari negara jiran, Sabtu lalu, dapat menyelesaikan lapan kes khianat dengan api di Perak.


Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek dikatakan membakar bahagian hadapan sebuah rumah dihuni wanita warga emas berusia 62 tahun dengan melontar bom petrol pada 4 April lalu.


Beliau berkata, suspek pertama iaitu lelaki tempatan berumur 37 tahun ditangkap di sebuah hospital swasta di sini, manakala suspek kedua berusia 26 tahun iaitu lelaki warga Taiwan ditahan di kawasan perumahan di Chemor, pada hari sama.


Menurutnya, semasa tangkapan dilakukan, pasukan serbuan turut merampas pelbagai barangan antaranya sebuah Proton Iswara, telefon bimbit (tiga), kertas nota ugutan (dua), tong berisi petrol (satu), botol air mineral mengandungi petrol (satu) dan buku nota.



Beliau berkata, serbuan dijalankan jam 12.05 tengah hari, Sabtu lalu oleh pasukan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ipoh serta Kampar.


"Hasil siasatan mendapati suspek saling mengenali antara satu sama lain melalui laman sosial sejak Ogos 2024.


"Mereka mula terbabit dengan kes khianat menggunakan api di Perak bermula Mac lalu dengan arahan kegiatan itu diperolehi daripada seorang ejen dari negara jiran melalui Facebook (FB)," katanya.


Noor Hisam berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Tapah dan KPD Sungai Siput di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di sini, hari ini.


Noor Hisam berkata, bagi setiap kes khianat yang berjaya dilaksanakan, suspek mendapat upah sebanyak SGD300 atau kira-kira RM1,000 daripada sindiket terbabit.


"Kejayaan tangkapan ini dapat menyelesaikan lapan kes khianat dengan api. Hasil semakan dalam telefon bimbit kedua-dua suspek mendapati terdapat beberapa lagi alamat rumah yang tidak mempunyai laporan polis," katanya.


Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula semalam dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat pinjaman daripada pemberi pinjam wang tanpa lesen atau melalui laman sosial daripada pihak tidak dikenali. - Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 15-4-2025 11:19 PM
Baling cat is outdated
Quote Kitty_catz 16-4-2025 01:51 PM
uh wow.. deme udah hapgredd uolsss

main skibidi bom bom bomm pulekk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.114775 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top