CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Lah pemimpin ke-5 disemadikan di Makam Pahlawan

15-4-2025 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2129| Komen: 35|Original author: Raline

pl.PNG


KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin Malaysia kelima yang akan disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Difahamakan, Makam Pahlawan hanya memiliki sebanyak tujuh ruang dan seramai empat pemimpin telah disemadikan di sini.

Antara pemimpin yang disemadikan di sini sebelum ini ialah Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein, Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail dan Tun Ghafar Baba.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah kini berada Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Seterusnya, jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 15-4-2025 02:08 PM
tunku abdul rahman makam mana?aku penah tgk kot pengebumian live masa tu ingat kan kat masjid negara gak
Quote vespa_oren 15-4-2025 03:03 PM
alesandra replied at 15-4-2025 02:08 PM
tunku abdul rahman makam mana?aku penah tgk kot pengebumian live masa tu ingat kan kat masjid negara ...

Kubur Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, terletak di Makam Diraja Langgar, di Alor Setar, Kedah. Ini merupakan tempat persemadian bagi kerabat Diraja Kedah.

Tunku Abdul Rahman meninggal dunia pada 6 Disember 1990 dan dikebumikan dengan penuh istiadat diraja di makam tersebut.

Kalau kamu perlukan gambar, peta lokasi atau maklumat tambahan tentang sejarah atau tokoh ini, boleh saja beritahu.
Quote haruslah 15-4-2025 03:12 PM
Yg lelaki besar, mcm african tu sape?
Nampak mcm org tdekat family juga
Quote alesandra 15-4-2025 03:42 PM
vespa_oren replied at 15-4-2025 03:03 PM
Kubur Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, terletak di Makam Di ...

dia meninggal kt kl..aku ckp tu berdasarkan  seingat pengalaman aku masa dia meninggal.aku x ingat  dia kebumi di mana.tak...aku tak perlukan peta,gamba dan sebagainya
Quote vespa_oren 15-4-2025 03:50 PM
alesandra replied at 15-4-2025 03:42 PM
dia meninggal kt kl..aku ckp tu berdasarkan  seingat pengalaman aku masa dia meninggal.aku x ingat ...

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah — bukan di Masjid Negara.

Memang ramai yang ingat beliau dimakamkan di Masjid Negara sebab ramai pemimpin besar seperti Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn disemadikan di situ. Tapi Tunku dibawa pulang ke Kedah, negeri kelahirannya, dan disemadikan di makam diraja bersebelahan Masjid Zahir.

Kalau kau ingat pernah tengok live pengebumian dia, memang betul — RTM ada siarkan secara langsung pengebumian Tunku pada 6 Disember 1990. Masa tu ramai pemimpin dan rakyat hadir bagi penghormatan terakhir. Suasana dia memang macam pengebumian pemimpin negara besar, jadi tak pelik kalau orang ingat dia dikebumikan di KL juga.

Nak aku carikan gambar kawasan makam dia sekarang ke?
Quote KBW2 15-4-2025 04:53 PM
haruslah replied at 15-4-2025 03:12 PM
Yg lelaki besar, mcm african tu sape?
Nampak mcm org tdekat family juga

adik ipor KJ kot, adik dia kahwin dengan African tak silap
Quote ezacbee 15-4-2025 05:19 PM
vespa_oren replied at 15-4-2025 03:50 PM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, dimakamkan di Makam Diraja ...

Aku baca cam abam chatgpt yg tulis ni..
Quote slavehunter 15-4-2025 05:47 PM
Tinggal dua slot jer lagi. Most likely Tun M, dan slot last tak sure siapa , Najib tak dapat Tun lagi.  Nuart lagi la belum.
Quote Suchi 15-4-2025 06:03 PM
Kenapa slot sikit je? Sedangkan bekas pm ramai nih? Tua2 dah belaka tu
Quote Suchi 15-4-2025 06:05 PM
slavehunter replied at 15-4-2025 05:47 PM
Tinggal dua slot jer lagi. Most likely Tun M, dan slot last tak sure siapa , Najib tak dapat Tun lag ...

Yg ada tun jela yek yg blh kebumi situ?
Patut la ex TPM pun ditanam kat situ
Ex PM lepas aruah Pak Lah semua blm merasa jadi Tun.
Quote vespa_oren 15-4-2025 06:33 PM
Suchi replied at 15-4-2025 06:03 PM
Kenapa slot sikit je? Sedangkan bekas pm ramai nih? Tua2 dah belaka tu

Informasi Umum Mengenai Makam Pahlawan di Malaysia
        •        Lokasi dan Sejarah:
        •        Makam Pahlawan di Kuala Lumpur dibina bersama dengan Masjid Negara dan telah selesai dibangun pada tahun 1965. Tempat ini menjadi tempat peristirahatan terakhir bagi pemimpin negara dan tokoh-tokoh penting yang telah berjasa dalam pembangunan Malaysia.
        •        Fasilitas dan Kapasitas:
        •        Di dalam Makam Pahlawan sendiri, yang terletak di dalam kubah bermotif bintang, terdapat makam bagi beberapa pemimpin nasional Malaysia. Misalnya, makam di dalam kubah tersebut hanya memiliki kapasitas terbatas (sebanyak 7 makam) sesuai dengan desain dan tata ruang bangunannya.
        •        Selain makam yang berada di dalam kubah, terdapat juga makam para tokoh lain yang letaknya di luar kubah di dalam kawasan Lingkaran Makam Pahlawan. Namun, informasi spesifik mengenai “kuota” atau kapasitas total makam tidak dijelaskan secara eksplisit dalam sumber-sumber publik.
Quote slavehunter 15-4-2025 07:08 PM
Suchi replied at 15-4-2025 06:05 PM
Yg ada tun jela yek yg blh kebumi situ?
Patut la ex TPM pun ditanam kat situ
Ex PM lepas aruah Pak ...

Yup mostly untuk Pm and Tpm yang ada Tun jer kot. pasal slot sikit tak sure lepas ni kot Gov nak buat Makam pahlawan baru ker for future generation. Time tu kita pun dah takde.
Quote dua_chzy 15-4-2025 07:29 PM
Pergh. Aura kubo bangsawan memang lain dari marhaen.
Quote Piramida 15-4-2025 07:33 PM
Suchi replied at 15-4-2025 06:03 PM
Kenapa slot sikit je? Sedangkan bekas pm ramai nih? Tua2 dah belaka tu

Mesti dah ada standby kawasan lain... version 2.0 ke.
Quote haruslah 15-4-2025 08:11 PM
Selatan ade x?
Quote vespa_oren 15-4-2025 08:19 PM
dua_chzy replied at 15-4-2025 07:29 PM
Pergh. Aura kubo bangsawan memang lain dari marhaen.

Kau pernah tengok video dokumentari kubur owner rokok kretek indon
Quote dua_chzy 15-4-2025 08:40 PM
vespa_oren replied at 15-4-2025 12:19 PM
Kau pernah tengok video dokumentari kubur owner rokok kretek indon

Tapenah. Sila tepek vidyo.
Quote vespa_oren 15-4-2025 08:51 PM
dua_chzy replied at 15-4-2025 08:40 PM
Tapenah. Sila tepek vidyo.

Aku pun tengok kt reels fb
Quote zuri154 15-4-2025 10:18 PM
vespa_oren replied at 15-4-2025 08:19 PM
Kau pernah tengok video dokumentari kubur owner rokok kretek indon

Ada kt utube. Dah ler namanye rahman. Ku pikir jawa indonesia rupanye cina indonesia. Kawasannye besar, berpagar siap ada security guard

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.172706 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top