CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa sebak tengok abang ipar kahwin dengan Aisyah Aziz

15-4-2025 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1487| Komen: 7|Original author: Raline

nl.PNG


Berkongsi detik istimewa, usahawan selebriti Neelofa sebak selepas abang iparnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd. Ismail dan penyanyi Aisyah Aziz selamat bergelar suami isteri.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor memuat naik video memaparkan suasana majlis pernikahan pasangan terbabit di sebuah masjid di Singapura, kelmarin.

Dalam klip tersebut, Aisyah dilihat gagal menahan tangis ketika bersalaman dengan keluarganya selepas diijabkabul, sekali gus mengundang sayu Neelofa yang turut menitiskan air mata.



Menerusi hantaran sama, isteri kepada penceramah bebas PU Riz itu turut berkongsi sorotan majlis persandingan yang diadakan pada sebelah malam.

Sebelum itu, Neelofa tidak ketinggalan membuat video blog atau vlog penerbangannya ke Kota Singa dari Kuala Lumpur bagi menghadiri hari bahagia pasangan terbabit.

Menerusi ruang kapsyen video berkenaan, ibu dua anak itu meluahkan rasa syukur dan gembira menjadi saksi penyatuan dua insan itu.



Pada Jumaat lalu, Aisyah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Perkahwinan Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aisyah Aziz, 31, dengan abang PU Riz menjadikan penyanyi Entah Bila itu biras kepada Neelofa.



Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jihyomelly 14-4-2025 09:10 PM
untung sebak sbb abg ipar yg kawin..kalau laki sendiri kawin lagi tak sempat sebak tapi tak kot jahlop syg nau dgn pak setad..moga berkekalan
Quote Piramida 14-4-2025 09:25 PM
Nanti adik sendiri lil miss kel kawin..
Lagilah sebak hiba teresak2 apa bagai laaa semua laa ambik. Hehe
Quote makcun14 15-4-2025 05:48 AM
makin luas la bisnis jahlop ke singapura sana berkat dapat biras retis asal sana, tak tertahan sebak sheols membayangkan kabel singaporee hasil pernikahan ini.oh btw
gigih betul blur kan gambar anak . ntah apa apa . taknak tunjuk muka baik tak payah tunjuk gambar terus. Semua orang pun tau budak tu iras jebat jayden , takdelah eksklusif mana pun rupa dia.
Quote MatDeghem 15-4-2025 06:26 AM
Bagus si Aisyah .... tak sakan berbiras dgn Neelopah. Celebrity top top meletopppp tanah melayu
Quote Sazreena 16-4-2025 12:37 PM
Oklah dapat jodoh yg baik...tapi aku rengsa tgk muka mak esah masa dok sebelah...senyum la sket cik..tau la acik pemes semesta alam..ahakahak.
Quote heythere123 16-4-2025 03:29 PM
stres jugak ek ada jahlop as biras. Sheols dah la rekod memang tak clean
Quote blakcswan 17-4-2025 02:00 PM
x pyh gebang sgt la jah..low profile pls.ko dah level senior n lg pemes dr ecah.x perlu kot canang ko sebak lah ko happy lah ko restu lah ko saksi lah..org tau kot ko dpt biras artis singapore.
be classy

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.084543 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top