CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seminggu tayang di pawagam, Blood Brothers kutip RM29.9 juta

18-4-2025 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 729| Komen: 4|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-04-17-at-23.19.50-e1744903465494.jpeg


Filem aksi tempatan Blood Brothers: Bara Naga mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan pembukaan tertinggi tahun ini dengan jumlah RM29.9 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan termasuk sesi tayangan awal.

Kejayaan luar jangka ini meletakkan Blood Brothers sebagai filem tempatan paling laris bagi tahun 2025 setakat ini.

Naskhah berkenaan dilabelkan rata-rata pengkritik filem sebagai sebuah karya berkualiti antarabangsa membariskan pelakon Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson.

Perkara itu dikongsikan orang kuat Skop Productions, Datuk Yusof Haslam yang mengakui bersyukur kerana dapat sambutan luar biasa daripada penonton.

“Alhamdulillah kami dapat sokongan padu ramai malah ada yang maklumkan menonton filem ini lebih daripada sekali selain datang beramai-ramai,” katanya.

Jalan cerita yang penuh dengan aksi dan emosi daripada barisan pelakon hebat juga menjadi faktor utama filem arahan Syafiq Yusof dan Abilash Chandra itu mendapat kutipan yang luar biasa sejak hari pertama tayangan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 19-4-2025 10:59 PM
kalau tgk tanpa berfikir boleh la enjoy.
tp byk part xlogic nyah. jln cerita kebetulan sapa pon boleh buat. no art of planning.
Quote L.U.S.M 20-4-2025 11:20 AM
Tgk nama filem pun mmg tangkap muat asal nmpk gempak..sumpah mmg rasa DBP dgn finas dh xde function.
Klu dulu bahasa melayu tu diangkat martabat skrg manglish campur2 gini pun laku ek
Quote sapeka 20-4-2025 12:34 PM
Biasa biasa jah
Quote wirazam 20-4-2025 05:50 PM
Lakonan Amelia..agak impresif..ini tertgk dari montage je lah...kalau sapa2 yg dah tgk full film..boleh beri komen tak?
Kalau review tak best...tunggu depan TV je lah time Raya nanti hu hu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.213339 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top