|
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Awie meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah penganjur konsert yang didakwa menjual slot tempahan premis acara dengan harga yang lebih tinggi kepada pihak lain. Menurut Awie, tindakan mereka mengaut keuntungan ‘atas angin’ seperti itu tidak beretika malah menyukarkan pihak lain yang benar-benar mahu membuat slot tempahan. “Saya mohon kepada penganjur acara atau konsert yang sudah membuat tempahan lokasi untuk sesuatu tarikh bersikap jujur. “Jangan ambil kesempatan dengan menjual slot tersebut kepada pihak lain dengan harga yang lebih tinggi. Jangan ambil untung atas angin, itu tidak bagus,” katanya. Awie meluahkan perkara itu selepas mengakui dirinya sukar untuk membuat tempahan di kebanyakan premis acara sekitar Kuala Lumpur untuk Konsert Jelajah Rockology 2025 akan datang.
Sedar premis acara di ibu negara terhad, penyanyi lagu Sejati itu turut menegaskan agar pihak penganjur tidak bersikap ‘penting diri’ untuk membuat tempahan sebelum mempunyai perancangan yang jelas.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-4-2026 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.029442 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.