CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Surat saman sudah siap, Rafidah jangan 'ghaib' - Khalid

11-5-2025 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2932| Komen: 18|Original author: tatod

1000033044.jpg



KOTA BHARU – Surat saman terhadap pelakon dan pempengaruh, Rafidah Ibrahim telah disiapkan namun usaha untuk menyerahkannya masih gagal kerana individu itu dikatakan tidak dapat dikesan.


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, saman tersebut dibuat susulan dakwaan Rafidah yang menuduh beliau berhasrat memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) serta tanah rizab Melayu di Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur sebelum ini.


Menurut beliau, surat notis tuntutan (LOD) sebelum ini juga tidak dijawab oleh Rafidah dan tempoh 14 hari yang diberikan telah pun tamat.


“Peguam saya, Hisham Fauzi yang berpangkalan di Kota Bharu bekerjasama dengan seorang lagi peguam di Kuala Lumpur untuk menyiapkan surat saman itu melalui mahkamah.




“Tetapi masalah kami sekarang ialah untuk mencari Rafidah. Dia ini jenis ‘pejuang’ yang sentiasa menghilangkan diri,” katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bersama Warga KADA di Lundang, di sini pada Ahad.


Menurut Khalid, tindakan menyerahkan LOD sebelum ini hanya dibuat dengan meninggalkan surat di rumah sewa individu terbabit dan tiada penyerahan secara tangan berlaku.


Beliau menjelaskan bahawa bagi membawa kes tersebut ke mahkamah, saman perlu diserahkan secara bersemuka kepada pihak yang dinamakan.


“Sekarang ini kami sedang berusaha untuk mencarinya semula supaya saman itu dapat diserahkan secara tangan. Kami tidak menghalang dia untuk terus ‘berjuang’ atau bercakap, tetapi saman itu tetap perlu diterima, jangan ghaib.


“Saya seru kepada pejuang Melayu yang ‘unggul’ ini untuk tampil ke depan dan tunjukkan keberanian menerima surat saman, jangan hanya berani di televisyen dan TikTok sahaja,” katanya.


Mengulas dakwaan Rafidah bahawa kerajaan cuba mengusir orang Melayu dari bandar, Khalid menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak berasas.


Katanya, projek pembangunan semula di kawasan rizab Melayu akan menambah bilangan rumah milik orang Melayu, bukannya mengurangkannya.


“Kalau dahulu hanya ada 500 lot rumah, dengan pembangunan nisbah satu per sepuluh, kami boleh bina 5,000 unit kediaman dan semuanya dimiliki oleh orang Melayu juga.


“Maknanya, kita bukan mahu mengusir orang Melayu, malah menambah jumlah mereka di bandar,” ujarnya. - SINAR HARIAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 11-5-2025 04:25 PM
Kerajaan pernah ada rekod nyahwarta Tanah Rizab Melayu sebab itu orang tak percaya. Bahkan tidak diganti sehingga susut. Sama juga kenapa orang tak percaya UMNO lagi sebab menipu Melayu.
Quote prince_marhaen 13-5-2025 04:07 PM
syok jugak tengok kalau saman bebetul tengok acik pidah retis sangkak takde job fight macamana... dah alang2 terpekik2 atas hilux keliling kampung baru kan... hehehehe...
Quote grouper 13-5-2025 05:40 PM
Betul ke pembangunan kat kg baru tu nanti untuk menambah rumah org melayu? Baik betul pemaju tu
Quote scorpene 13-5-2025 06:08 PM
Kemon pidah...berani buat berani tanggung....
Quote DukunSentet 13-5-2025 06:40 PM
Kau kemana Pidah oiii..Abg Khalid cari nie..
Quote Supersirap 14-5-2025 07:53 AM
pejuang yang selalu menghilangkan diri - sinisnya
Quote Kekunci_Hitam 14-5-2025 08:05 AM
semalam tgk rafidah ni ada je live tt kat area kawasan perumahan yg kena roboh tu
Quote azhardanil 14-5-2025 12:37 PM
Kekunci_Hitam: semalam tgk rafidah ni ada je live tt kat area kawasan perumahan yg kena roboh tu


LOD kena serah kat tangan di alamat penerima.

Quote afie_m 15-5-2025 11:45 AM
rafidah, ramai yg sokong u, tapi napa hilangkan diri bila orang nak serah LOD
berani kerana benar..gitu
Quote sleepandream 15-5-2025 03:23 PM
B40tastePosh replied at 11-5-2025 04:25 PM
Kerajaan pernah ada rekod nyahwarta Tanah Rizab Melayu sebab itu orang tak percaya. Bahkan tidak dig ...

kes tanah pelakon ammar bahrain tu pun sesuatu.... salahkan sistem manual... best betul org dulu2 dpt tanah kurnia...
Quote B40tastePosh 15-5-2025 10:54 PM
sleepandream replied at 15-5-2025 03:23 PM
kes tanah pelakon ammar bahrain tu pun sesuatu.... salahkan sistem manual... best betul org dulu2  ...


Zaman dulu dulu mewah dengan tanah....zaman sekarang ni aku rasa makin miskin sebab manusia terlampau ramai....

Kelebihan dari segi food security dan keamanan je orang zaman sekarang
Quote sharlenetexas 15-5-2025 11:15 PM
B40tastePosh replied at 15-5-2025 10:54 PM
Zaman dulu dulu mewah dengan tanah....zaman sekarang ni aku rasa makin miskin sebab manusia terlam ...

Mungkin vape ni salah satu cara depopulation.


Quote B40tastePosh 15-5-2025 11:20 PM
sharlenetexas replied at 15-5-2025 11:15 PM
Mungkin vape ni salah satu cara depopulation.


Entah la ...susah nak cakap setiap zaman ada kelebihan dan kekurangan....banyak tanah tapi guna tulang 4 kerat...susah juga..hujung2 jadi Inggeris exploit India dari kasta rendah kerjaka
tanah mereka.....suruh taikun2 Cina invest dan bawa buruh Cina melombong timah untuk Revolusi Industri di Eropah.
Quote Olumis 16-5-2025 06:29 AM
Laaa ingatkan rafidah mana tadi. Acik2 sangat dah muka fida.
Quote AWEKSAMURAI 16-5-2025 06:35 AM
grouper replied at 13-5-2025 05:40 PM
Betul ke pembangunan kat kg baru tu nanti untuk menambah rumah org melayu? Baik betul pemaju tu

Xde makna nya skrg pun xde org melayu dh duduk situ sume org indon je ... .tp sedih lah dh xde kampung baru yg di bangga bangga kan ....
Quote AWEKSAMURAI 16-5-2025 06:39 AM
Kekunci_Hitam replied at 14-5-2025 08:05 AM
semalam tgk rafidah ni ada je live tt kat area kawasan perumahan yg kena roboh tu

Alah konon nk bagitau lah rafidah ni haprak lah..penakut konon ckp x serupa bikin.. hakikatnya rafidah buat tu betul je... Khalid menteri mana? Kalau geng Non x propa bukan kerajaan Non lah ....

Tun Razak dgn Tun M lama dh pergi Moscow Rusia tu .. ending depa buat tajuk besar ..buat pertama kali dan julung kalinya pemimpin Malaysia jejak kaki kat Moscow. Pekerja Anwar x buat keje malas semak fakta hahaah yg rentua tu dok lah junjung diri sendiri.
Quote bottombikini 16-5-2025 06:46 AM
pidah dok berjuang kes kampung baru ni salah satu tu rumah dia ke
Quote Kekunci_Hitam 16-5-2025 07:58 AM
bottombikini replied at 16-5-2025 06:46 AM
pidah dok berjuang kes kampung baru ni salah satu tu rumah dia ke

kalau tak salah salah satu unit tu rumah fam dia

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top