CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu rumah tampar majikan, tidak berpuas hati dengan arahan yang diberikan

13-5-2025 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1602| Komen: 13


 


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pembantu rumah menampar majikannya kerana tidak berpuas hati dengan arahan yang diberikan, lapor laman berita NTV News semalam.

Kejadian berlaku di Cilacap, wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan video dimuat naik di laman Instagram, pembantu rumah itu dilihat menampar muka majikannya yang sedang menggendong anak di dapur rumah.

“Dunia sudah terbalik, pembantu rumah memukul majikan,” kata hantaran video tersebut.

Menurut laporan, pembantu rumah bernama Murni Cachnia itu tidak berpuas hati dengan cara majikannya mengarahkan dia melakukan kerja.

Selepas video itu tular, Murni tampil membuat penjelasan serta memohon maaf kepada mangsa, lapor laman berita iNews.

Dia mengaku terlalu mengikut emosi ketika berhadapan situasi tersebut.

“Pelaku sudah mengakui kesilapannya dan meluahkan rasa kesal. Setelah mengadakan perbincangan, pelaku meminta maaf dan memohon agar insiden itu diselesaikan secara baik serta tidak dibawa ke pihak polis,” kata hantaran di laman Facebook. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-5-2025 08:25 AM
Wahh ..mendonia ye ko bik..apa pon tatau sapa bener sapa salah...
Quote misszazaz 13-5-2025 08:35 AM
pulak
Quote lightheaded67 13-5-2025 08:38 AM
lempang jela dia balik
aku lagi suka mcm ni, sbb dia mula kaki tgn dulu, kita sambung je
haha
Quote akies 13-5-2025 08:51 AM
Melawan tokey nampaknya bibik ni.

Don’t play2..dia kasi setepek terus ke majikan
Quote rosa_canina 13-5-2025 09:22 AM
org dh tolong bagi keje pn dh cukup baik
Quote afie_m 13-5-2025 10:08 AM
amboi bibik skrg, sudah berani ya..heheheh
Quote nisako 13-5-2025 10:13 AM
wow
Quote Cpkay 13-5-2025 12:09 PM
Jilake betul.. dahlah kita kasi rezeki , dia balas tahik
Quote silance 13-5-2025 12:56 PM
Lain kali mulakan ayat dengan Bibik, good morning, pleaseeeeee.........bla bla bla
Jangan tunjuk-tunjuk, arah-arah sukahati.
Quote hiswife 13-5-2025 01:03 PM
Bila majikan baik sangat, mula la bik besar kepala
Quote plywood 13-5-2025 01:10 PM

Silakan menikmati tamparan bibik ini ..

[twitter]https://twitter.com/InfokezalimanId/status/1921505647398474045[/twitter]


Quote BungaKencana 13-5-2025 04:14 PM
sudah tukar ka?
Quote gigahertz 13-5-2025 11:38 PM
datang malaysia dapat majikan India atau Cina di seterika kau .

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048823 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top