Jelas Aliff, walaupun banyak reka bentuk yang sama dikeluarkan, peniaga tersebut perlu percaya dengan kredibiliti jenama mereka. Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang. Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah. Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market. Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk saya rasa okay. Saya terkilan kenapa nak saman. Harga mampu milik Mengulas lebih lanjut, suami kepada Datin Seri Shahida itu berkata dia menjual beg tersebut dengan harga mampu milik dengan niat mahu membantu mereka yang kurang berkemampuan. Katanya, dia hanya mahu berniaga dan tidak mempunyai niat mahu bersaing dengan peniaga yang lain. Saya hormat dengan semua peniaga, tidak kisah peniaga kecil atau besar. Saya punya niat apabila berniaga bukan nak berlawan dengan orang tetapi berniaga nak bantu orang yang mungkin nak beli yang mahal tapi tak mampu. Saya boleh bagi harga mampu milik sebab sekali reka bentuk beg saya keluar dengan kuantiti sekitar 20 juta. Terdahulu, tular di media sosial apabila reka bentuk beg yang dikeluarkan Aliff sama seperti beg viral sebelum ini. Sumber: OhBulan
|
sharlenetexas replied at 14-5-2025 10:29 PM
Brik who?
SisLena replied at 15-5-2025 12:00 AM
Bukan lawa pun.. Christy Ng tu kalo brand lain nk saman dh bankrap dh rsnya. Anyway apehal nk bahasa ...
innocentsangat replied at 14-5-2025 10:19 PM
La. Jenama Chst tu tiru sebijik sejibon terus brand overseas. Relax je.
lil_honey replied at 15-5-2025 09:31 AM
AS ni yeye je kata orang nak saman. ntah2 takde yang saman pun.
kalau brik nak saman, dah lama sama ...
lil_honey replied at 15-5-2025 09:31 AM
AS ni yeye je kata orang nak saman. ntah2 takde yang saman pun.
kalau brik nak saman, dah lama sama ...
ADVERTISEMENT