CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nizam Laksamana cadang arwah Jay Jay diberi gelaran Datuk

16-5-2025 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 190| Komen: 0|Original author: Raline

1.png


Penyanyi, Nizam Laksamana mencadangkan pihak-pihak tertentu agar memikirkan untuk menganugerahkan gelaran Datuk kepada penyanyi legenda, Allahyarham Jay Jay.

Nizam berkata, sumbangan Allahyarham atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus terhadap industri muzik tempatan terlalu besar dan sewajarnya dia dihargai seperti yang diperoleh oleh anak seni lain yang mempunyai gelaran sedemikian.

"Allahyarham banyak sumbangan dalam muzik terutama sebagai penyanyi dan pemuzik sebagai pemain bass serta banyak kumpulan dia sertai sejak era 1970-an lagi.

"Jay Jay juga pernah bermain muzik dengan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan dia juga menjadi penyanyi latar Sudirman.

"Selain itu, dia juga banyak merakamkan lagu sebagai pemain bass untuk album Datuk M Nasir dan mengiringi dalam banyak konsert," katanya.

Menurutnya, Jay Jay juga banyak terbabit dalam kerja-kerja rakaman studio sebagai pemain bass dan banyak artis mendapatkan khidmatnya sebagai 'sessionist' antaranya Datuk Amy Search.

"Dalam album solo saya pun dia ada terbabit. Bagi saya, sebagai penyanyi dia mempunyai suara yang baik. Mutu nyanyian yang bagus dan suara yang unik.

"Kalau kita kaji, dari era 70-an lagi dia dah terbabit dalam muzik ini sehinggalah sampai ke akhir hayatnya. Dia pun buat persembahan di hotel-hotel.

"Jadi, jasa dia banyak dan sepatutnya dia ini diberikan anugerah. Dia layak untuk diberikan anugerah atas jasa-jasa dia dalam industri muzik," katanya.

Nizam berkata, jika artis lain boleh diberikan gelaran Datuk, Jay Jay juga layak jika diukur dari sejarah pembabitannya dalam seni.

"Kalau dia dapat pun orang tak pertikai. Jadi kenalah buat sesuatu sekarang. Kalau di masa hayatnya kita tak dapat beri, mungkin ia terlepas pandang.

"Diharap persatuan-persatuan atau pihak-pihak berwajib cuba usulkan benda ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh kerajaan bagi untuk balu Allahyarham.

"Atau mungkin ada sumbangan tertentu untuk menghargai jasa-jasanya. Orang begini kita kena kenang. Dia di antara seniman yang baik dan yang terbaik dalam industri muzik tanah air," katanya.

Nizam turut memaklumkan dia agak terkilan apabila Jay Jay tidak diberikan penganugerahan sebegini semasa hayatnya ada.

"Dia tak nak sebenarnya. Saya faham dia tak nak, tapi apa salahnya kalau kita cerita dengan keluarganya betul-betul.

"Bagi dia atas jasa sumbangan dia, mereka okey. Dia bukan manusia yang sombong dan dia seorang yang 'berisi'.

"Sudah sampai masanya pihak berwajib melihat insan seni yang ada sekarang yang layak untuk diberikan anugerah. Ramai sebenarnya yang boleh kita beri dia satu anugerah," katanya.

Jay Jay meninggal dunia pada 4 Ogos lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.390342 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top