CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isteri Raffi Ahmad malas mandi, anak mengadu dekat gabenor di IG

16-5-2025 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 576| Komen: 1|Original author: tatod

1000034945.jpg



TIDAK tahan dengan sikap ibunya yang malas mandi, anak pelakon Raffi Ahmad iaitu Rafathar Malik membuat aduan kepada Gabenor di Jawa Barat.


Detik melaporkan Rafathar Malik mendedahkan ibunya iaitu Nagita Slavina berbau busuk selain banyak menghabiskan masa bermain telefon pintar sehingga tidak mahu mandi.


Rafathar membuat aduan kepada Gabenor berkenaan iaitu Dedi Mulyadi atau mesra disapa Kang Dedi Mulyadi (KDM) menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory milik bapanya.


“Kang Dedi, Kang Dedi. Ini ada yang masih belum mandi! Teruk sangat ni, sampai berbau (sebab tidak mandi),” katanya.


Dalam pada itu, Rafathar yang sedang bercuti di Shanghai, China bersama keluarganya turut meminta KDM membawa ibunya masuk ke pusat latihan ketenteraan.


Kata Rafathar, ibunya perlu dilatih agar menjadi berdisiplin dan tidak membuang masa bermain telefon.



“Masukkan sahaja mama ke pusat latihan ketenteraan sebab dia susah nak mandi, teruk sangat ni!


“Mama janji nak bawa pergi minum kopi di Shanghai tapi kami masih belum ke mana-mana lagi,” katanya.


Untuk info, Dedi Mulyadi mengasaskan program menghantar golongan remaja bermasalah menjalani latihan ketenteraan bagi memberi pengajaran kepada anak muda. - mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 20-5-2025 08:51 AM
kaya pun malas nak mandi... apooooooo!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.034098 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top