CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh curi kereta Mercedes-Benz, Zarina Anjoulie buat laporan polis

16-5-2025 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4039| Komen: 35|Original author: tatod

1000034959.jpg



PETALING JAYA – Dituduh mencuri sebuah kereta mewah, pelakon Zarina mendakwa kenderaan itu diserahkan individu tertentu kepadanya atas kes ganti rugi yang masih belum diselesaikan.


Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, berkata, dia tampil menangkis perkara yang disifatkan sebagai fitnah selepas pihak berkenaan tidak memperjelaskan situasi sebenar.


“Saya sebenarnya memilih untuk berdiam diri sebelum ini mengenai isu saya dituduh mencuri dan menyorok kereta Mercedes Benz.


“Tapi ramai yang bertanya, video pun dah viral di Tiktok, jadi saya nak jelaskan cerita itu tak benar sama sekali.


“Kereta itu diberikan kepada saya sebagai cagaran kerana ada ganti rugi yang pihak tersebut perlu lunaskan tapi benda itu tak diceritakan langsung pihak sana. Semua bukti ada dengan saya,” katanya menerusi video dalam TikTok.





Katanya, dua laporan polis dibuat berkaitan pemilikan kenderaan terbabit selain membabitkan tindakan pencerobohan serta fitnah yang dilemparkan individu berkenaan.


“Semalam, pihak polis membuat serbuan ke rumah individu tersebut untuk penangkapan, tetapi dia dilepaskan dengan jaminan polis.


“Sekarang saya perlu serahkan segala dokumen penting seperti geran tanah dan rumah kerana dia bukan saja menceroboh, tetapi memfitnah saya dan keluarga.


“Sedangkan dia tahu kenapa kereta itu ada pada saya. Itu adalah atas persetujuan bersama disebabkan ada perkara yang perlu dia selesaikan dengan saya,” ujarnya.


Pada masa sama, Zarina turut meluahkan kekesalan apabila keluarganya menjadi mangsa apabila individu tersebut bertindak keterlaluan.


Katanya, pihak terbabit menceroboh privasi keluarganya dengan membuat rakaman video secara langsung (live) di kediaman ibunya serta bertindak kurang ajar.


“Awak membuat fitnah, datang dengan biadabnya membuat live video di luar kediaman keluarga saya dengan emak saya.


“Emak saya yang pernah jemput dan bagi awak dan keluarga awak makan, macam itu awak biadab dengan keluarga saya.


“Menceroboh, memfitnah saya mencuri dan tak hormat dengan ibu saya, itu sebab saya ambil tindakan,” kongsinya lagi.


Menurut pelakon itu, kes berkenaan sudah diserahkan kepada peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman malu terhadap individu terbabit.


“Saya diam selama ini sebab sedang ambil tindakan undang-undang. Selepas ini peguam saya akan saman malu.


“Bukan itu sahaja, dia juga membuat fitnah terhadap rakan baik saya dengan menuduh kawan saya menculik anaknya demi view,” katanya.


Sebelum ini dalam satu video yang tular seorang wanita memberi amaran kepada seorang selebriti agar menyerahkan semula kenderaan kepunyaannya atau berdepan tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 15-5-2025 10:05 AM
I hate ayat "semua bukti ade dengan saya"

Then bile proceed case, haram bukti ape pun xde
Quote Burong_Hantuk 15-5-2025 10:11 AM
Idup dia mcm x pernah tenang
Quote Cikicikiboom 15-5-2025 11:28 AM
Kojo nak gadooo je
Quote kashaz 15-5-2025 02:48 PM
so keta sapa yg "dicuri" tu?
Quote TabletSusu 15-5-2025 03:11 PM
lantak ko lah nak gaduh fitnah bagai. tapi menceroboh rumah orang pastu buat video is a big NO. klu aku pun aku saman
Quote Sesuatu… 15-5-2025 05:08 PM
Apehal pompuan tgh2 dlm gmbr dgn lawyer lentik kaki over nau?
Quote mrsLucky 15-5-2025 05:59 PM
never ending problem... why lah...
Quote sukacactus 15-5-2025 07:44 PM
Sesuatu… replied at 15-5-2025 05:08 PM
Apehal pompuan tgh2 dlm gmbr dgn lawyer lentik kaki over nau?

Hahah! Aku pun mula tgk pic tu ckp overnya posing dgn kasut tongkolnya
Ko tu bini lawyer tu je pun
Quote babycc 15-5-2025 07:50 PM
Sesuatu… replied at 15-5-2025 05:08 PM
Apehal pompuan tgh2 dlm gmbr dgn lawyer lentik kaki over nau?

aku 1st tgk gambo ni pon nampak pompuan tu dulu
Quote babycc 15-5-2025 07:51 PM
ni kisah dia gaduh dgn nadia annuar ke? mak dia kak ton?
Quote immortallez 15-5-2025 07:56 PM
Betul ke Anju kata kena serahkan geran tanah & rumah? Bukan ke tanah & rumah tu mak dia punya? Entah la ya, iols rasa dia ni asyik ada masalah je dalam hidup. Dari remaja sampai dah ada anak buat mak dia pening kepala
Quote nonymous 15-5-2025 08:15 PM
x habis dengan drama, banyak sangat drama dan benda nak gaduh, dia kalo dapat mak tiri macam mak nabila huda rasanya mau kena mak tiri tu. Mak anju xde banyak bunyik diam je kan tp anju makin lawa sekarang, binalah imej, baik dgn mak n semua orang, benda baik dan rezeki pun datang dengan mudah.
Quote cmf_premierleag 15-5-2025 09:22 PM
Ada pulak duit nk hire loyer??.hari tu kemain gaduh dgn mak sendiri..tp x reti2 nk blah pi cari rumah sewa sendiri walau dah gaduh dgn mak sendiri
Quote nono86 16-5-2025 10:37 AM
Dia buat rumah kan,tengok video dia pernah tunjuk dulu.. tapi tak siap lagi ke, macam dah lama sangat
Quote Cpkay 16-5-2025 10:37 AM
takde kontroversi nanti orang lupa kewujudan dia .. so kene lah up cerita sebulan sekali
Quote jalfa 16-5-2025 01:29 PM
Macam mana mak tu tak toxic kalau anak dah macam bom atom..kejap meletop kontroversy yinih...kenap gaduh sana....kejap kena ambush...gila kalo jadi maknya
Quote zuriey 16-5-2025 01:34 PM
Penat polis skrng nak layan setan2 ni
Quote Dolmat 16-5-2025 01:42 PM
Lahanate!
Quote cattiecute 16-5-2025 02:53 PM
jalfa replied at 16-5-2025 01:29 PM
Macam mana mak tu tak toxic kalau anak dah macam bom atom..kejap meletop kontroversy yinih...kenap g ...

time gaduh dengan mak kemain dia toxic kan mak dia.
time gaduh dengan orang tiber cakap "ko datang rumah aku mak aku bagi makan yada yada yada"
amboi tiber hilang ke"toxic"kan mak dia

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051540 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top