Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, Che Ani Premium telah memperkenalkan inisiatif Golden Voucher yang diselitkan secara rawak di dalam pek Murukku Che Ani Premium. Inisiatif ini dilakukan dengan niat ikhlas, tanpa sebarang paksaan untuk ditunjukkan kepada umum atau dijadikan bahan publisiti. Menurut Pengasas Che Ani Premium, Noraniza Idris, beliau sendiri tidak berniat untuk membuat sebarang video menyerahkan wang tunai atau menunjukkan pemberian ini secara terbuka.
|
harkktuih replied at 15-5-2025 05:58 AM
RM20 per 150gram...
heythere123 replied at 15-5-2025 11:05 AM
mahal namampus yach kerepek nek ani
lasagna replied at 15-5-2025 02:07 PM
mahal tu berapa uols?
ikot gram/kg lah kan?
kerepek nk mahal2 tak faham lah..
heythere123 replied at 15-5-2025 04:22 PM
RM8.90 untuk 75g. Ada berapa ketul je dalam tu.
ini meols check dekat tiktok la. Kadang mahal la ...
lasagna replied at 16-5-2025 09:27 AM
ohhh wow.. 75g jer ke? alahaiii
ada baik beli yg jenis 1/2 kg - 1kg jer, jimat sket.
heythere123 replied at 16-5-2025 11:31 AM
haah, mahal kan untuk rege tu. Tapi nampak cam laku. Mungkin die hard fan nek ani pakat beli
freesia71: Rengsa tul orang kalau nak menjual guna ayat berkongsi rezeki. Sama mcm penyanyi buat lagu or konsert pas tu cakap hadiah utk peminat.Btw, sapa ada dg ...
lasagna replied at 16-5-2025 03:57 PM
...atauuuuu peminat kerepek akan beli.
ADVERTISEMENT