CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Terlampau kasihkan orang, kita lupa sayang diri sendiri’ - Mawar Rashid

16-5-2025 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3369| Komen: 52|Original author: tatod

1000035151.jpg



SERING dipuji persis remaja, pelakon Mawar Rashid mengakui memberi fokus terhadap diri sendiri selain berusaha menjadi insan yang lebih baik.


Berkongsi dengan penuh sebak, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, menasihati wanita terutama yang sudah bergelar ibu agar memberi masa buat diri sendiri supaya nampak lebih ceria.


“Untuk berada pada tahap sekarang memerlukan usaha yang sangat besar. Kepada wanita di luar sana, jangan lupa sayangi diri sendiri.


"Ada kalanya kita terlampau berikan rasa kasih kepada orang kita cinta seperti anak dan keluarga. Bila lihat cermin, kita tak kenal dan nampak diri sendiri.


“Saya rasa sangat penting buat wanita bergelar ibu untuk beri waktu kepada diri. Saya kini rasa lebih ceria dan makin positif,” katanya kepada HibGlam semasa majlis doa selamat filem Nar’Sata Sekufu Setan di wisma Metrowealth International Group (MIG), semalam.





Dalam masa sama, pelakon drama Nikmat Yang Sesaat itu turut mendedahkan kesukaran membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal.


"Mustahil tak ‘struggle’, sudah tentu saya melalui fasa sebegitu tapi saya rasa itu semua adalah keindahan dalam hidup.


“Saya fikir inilah perkara yang semua ibu lalui dan rasai iaitu berat hati untuk keluar bekerja dan tinggalkan anak-anak.


“Sudah tentu semua orang merasai perkara yang berat dalam hidup, tapi saya fikir perlu teruskan berjuang,” ujarnya lagi.


Ditanya perkara yang membuatkannya sebak, peserta Dewi Remaja edisi 2014/2015 mengakui perjuangan untuk bekerja keras demi anak-anak membuatkan air mata mudah tumpah.




“Ada banyak perkara yang membuatkan saya sebak. Setiap orang ada ujiannya yang tersendiri, setiap hari saya berjuang untuk anak-anak dan mereka penguat semangat saya.


"Bila saya lihat mereka, saya rasa boleh tempuhi segalanya sebab itu saya kini banyak fokus kepada diri sendiri untuk sentiasa jadi kuat,” jelasnya.


Selain itu, dia juga sayu mengenangkan sokongan padu diberikan keluarga dan pengikut dalam Instagram.


“Saya juga dapat sokongan daripada pengikut yang memberikan komen positif. Itu memang dorongan yang baik untuk diri saya.


"Saya tak akan berada di sini tanpa sistem sokongan seperti keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Pada saya itu semua sangat penting,” katanya.




Sebelum ini, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Raf atau atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017, namun berpisah November 2023.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 4 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2. – HIBGLAM




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaban_spacecop 15-5-2025 03:20 PM
apa benda pulak hang ni???
Quote albedah 15-5-2025 03:26 PM
Apa yg dia nak sampaikan... Masa jd bini orang kau rasa kau jd bibik ka? Laki tak bg hangout kaaa? Kau suka keluar2 macam anak dara kaa?
Quote cmf_PariS 15-5-2025 03:40 PM
masa ko kawin tu dilimpahi mcm2 kot?
Quote dua_chzy 15-5-2025 03:51 PM
Lagi cantik dia sekarang bandinh awal2 dulu masa join DR pehtu kena bahan sebab tak reti jawab soalan pasal ntah apa, meols dah lupa.
Quote freyayong 15-5-2025 04:19 PM
dua_chzy replied at 15-5-2025 03:51 PM
Lagi cantik dia sekarang bandinh awal2 dulu masa join DR pehtu kena bahan sebab tak reti jawab soala ...

GST kan... hence org gelar dia MAWAR GST...
Quote dua_chzy 15-5-2025 04:42 PM
freyayong replied at 15-5-2025 08:19 AM
GST kan... hence org gelar dia MAWAR GST...


Iya, haha. Tapi sheol lawa sangat sekarang. Mata meols suka tengok.
Quote sharlenetexas 15-5-2025 04:46 PM
Sheols ada drama utk samarinda. Automatik tak nak tgk.


Quote Kancilkering 15-5-2025 04:51 PM
örg mixed siam ni auto lawa
Quote black_handbag 15-5-2025 11:59 PM
Lawa mek wa ni lps dah freehair balik. Muka dia muka mix siam yg lawa tak puas tengok
Quote ejans 16-5-2025 12:06 AM
Kata dah semakin happy. Tapi mata masih nampak sedih lonely dan mencari2 apa lagi yg x cukup.  Tu lah kawin muda sangat.. still ingat nampak dia terkinja2 dgn elpira loi dkt ecurve tgh selpi selpot depan pintu ecurve tu.. waktu dorang belas tahun kot. Tgk2 dah nak kawenn.. awatlah tak enjoyy duluu.. nampak noh x puas enjoy tu rasa terseksaa perkahwinan
Quote pocongkiutss 16-5-2025 01:07 AM
dua_chzy replied at 15-5-2025 04:42 PM
Iya, haha. Tapi sheol lawa sangat sekarang. Mata meols suka tengok.

Iols lak lg suka tgk dia dulu..muka dia versi lum kawen..muka skrg entah la mcm suram pulak
Quote pocongkiutss 16-5-2025 01:07 AM
ejans replied at 16-5-2025 12:06 AM
Kata dah semakin happy. Tapi mata masih nampak sedih lonely dan mencari2 apa lagi yg x cukup.  Tu la ...

Yess..samala..iols pun nmpk camtu
Quote pocongkiutss 16-5-2025 01:08 AM
Anak dia kenapa nk diblurblurkan pulak muka tu..bukan ke masa dgn laki dulu muka duk terpampang? Ni kalau retis yg dibenci dlm porem dh lama kena cerca
Quote JahLupa 16-5-2025 02:13 AM
Aku x baca artikel. Tp nak komen headline. Betul la tu, Tolong la sayang diri anda sendiri. Love urself. Kadang kita ni terlalu sayang n pikir hal orang, ketepikan diri sendiri. Prioritising ur own happiness.
Quote rosevelvet 16-5-2025 05:02 AM
Dia nk bebas rupanya
Quote LadyCarefree 16-5-2025 05:20 AM
iols rasa dia shock ada anak dua dahtu bertubi2 beranak tiga. Sayang baka lakinya buruk maka anak2 dia kurang elok.
Quote Olumis 16-5-2025 06:23 AM
Cantiknya mawar. Kalah anak dara. Body cun walaupun dah anak 3. Abaikan kata2 yang kecam tu. Biasalah acik2 gundu memang kuat jeles.
Quote cattiecute 16-5-2025 08:47 AM
memang umur2 gini nak bebas
sebab tiba2 kahwin pastu anak bersusun paku
sampai 3 pula tu
selamat orang berduit jugak
at least kalau nak me time boleh suruh orang jagakan
tambah2 sekarang ni macam2 ada. dari konsert sampai ke aktiviti lain
Quote emera 16-5-2025 08:48 AM
Knp dia ni nmpk busuk?

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.489973 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top