CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pierre Andre Tak Cemburu Kejayaan Syamsul, Syafiq

16-5-2025 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1003| Komen: 16|Original author: tatod

1000035154.jpg



PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre menegaskan tidak cemburu dengan kejayaan diraih Syamsul Yusof dan adiknya, Syafiq Yusof yang kini memonopoli dunia perfileman tanah air.


Menurut Pierre, 40, bukan sahaja tidak cemburu, dia juga tidak berasa tercabar dengan pencapaian dua anak pengarah terkemuka, Datuk Yusof Haslam itu sebaliknya lebih bermotivasi untuk menjadi sutradara yang bagus.


“Saya tak rasa tersaingi dengan Syamsul dan Syafiq sebab hakikatnya musuh sebenar adalah diri sendiri.


"Saya selalu ‘berperang’ diri sendiri dan sejujurnya kejayaan mereka hari ini adalah inspirasi untuk menjadi pengarah lebih baik.


“Contohnya, Syafiq hasilkan sebuah filem (Blood Brothers) yang meraih kutipan tinggi yang ketika ini RM76 juta dalam tempoh 33 hari.



"Sebenarnya sewaktu menonton trailer filem itu pun sudah mampu mengutip RM30 juta dengan mudah. Jadi saya fikir, kalau dia boleh, saya juga mampu lakukannya cuma sekarang masih belum temui ‘kuncinya’,” katanya selepas Majlis Doa Selamat filem Nar’Sata Sekufu Setan, semalam.


Dalam pada itu, Pierre berkata, dia sentiasa terbuka menerima segala kritikan orang ramai mengenai filem-filem arahannya sebelum ini seperti Jangan Pandang Belakang 2 dan Dajal.


Jelasnya, segala kritikan tersebut akan diambil secara positif dan menambahbaik filem yang bakal diarahkan selepas ini termasuk Nar’Sata Sekufu Setan.


“Saya sedar dengan semua kritikan orang ramai mengenai filem arahan saya sebelum ini dan ambilnya secara positif.


"Sudah tentu saya pun tak mahu filem saya ketinggalan jauh. Zaman sekarang, kalau dapat kutipan RM2 juta pun bukan satu yang membanggakan.


“Setakat ini, filem-filem arahan saya pun hanya meraih kutipan di bawah RM5 juta. Jadi, saya memang perlu kerja lebih keras untuk jadi lebih baik,” jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Nar’Sata Sekufu Setan yang bergenre seram thriller bakal memulakan penggambaran pada 20 Mei depan membariskan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Fadlan Hazim, Aniq Suhair, Khatijah Tan dan Khenobu. – HIBGLAM





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DottieDot 15-5-2025 04:02 PM
Siapa ada tengok cite horror Pierre ni kat Netflix.. Dah bape hari dah available rasanya tapi masih belum tergerak hati nak tengok.. Bukan apa bab horror² lokal ni, dia je harapan aku lagi.. Risau lak expectation x sesuai dengan hasil, kang nanti terus x minat lagi produk dia..
Quote dua_chzy 15-5-2025 04:03 PM
Hero filem paling tak hensem pernah wujud dalam industri perfileman tanah Melayu.

Tak hensem tak hensem pun kemain meols suka tengok dia masa berlakon filem Gol dan Gincu. Hensem jah meols tengok masa tu. Cei.
Quote amyfaha 15-5-2025 04:49 PM
Kau ni dari dulu serabai,busuk. Ckp pelat.suara melerekkkk. Cam mn tah dulu boleh famoussss jap. Selayakkkknyaaaaa ko terus stay gua bang. Sama ngnan adikkkk ko. Dua2 sama
Quote doubleA 15-5-2025 07:39 PM
Iols ok je kalau pierre ni berlakon dengan mak dia, khatijah tan tu. Teringat zaman dunia baru, apa entah dialog mak dia yg selalu eja jawi tu
Quote cmf_premierleag 15-5-2025 09:24 PM
X yah la jeles...depa tu mmg talented bila jd director
Ko tu sendiri bikin filem pun, hauk jah..bodoh2..cite seram pun harapkan sound system wayang je nk bagi mood seram..tp jalan cite dan skrip ntah hapa2
Quote orkid_amani 15-5-2025 09:38 PM
doubleA replied at 15-5-2025 07:39 PM
Iols ok je kalau pierre ni berlakon dengan mak dia, khatijah tan tu. Teringat zaman dunia baru, apa  ...

Sod ba ra
Quote makita 15-5-2025 09:44 PM
Susah betul nak terima dia ni ada mix roti feranchis.
Quote sharlenetexas 15-5-2025 09:45 PM
makita replied at 15-5-2025 09:44 PM
Susah betul nak terima dia ni ada mix roti feranchis.

Bapak dia serani kot.


Quote sphinx 15-5-2025 11:03 PM
iols nk throwback lah cite psl heols nie.
heols dulu pernah dtg masjid blakang rumah iols. jadi tetamu jemputan alongside beberapa ustaz yg lain lah, rasanya ada la sorang dari Imam Muda. time tue heols kekonon geng tabligh, artis yg insaf lah so dijemput utk cerita psl 'penghijrahan'. tp kelakarnya, a few days later iols nampak heols dating, elok je duduk sebelah awek kat summit USJ. from there on mmg iols x caya la mana2 artis yg konon dah berhijrah nie.. wayang je belaka
Quote Isninselasarabu 16-5-2025 04:02 PM
doubleA: Iols ok je kalau pierre ni ber ...

Kaf ba ro kaf ta nun... Keberkatan
Quote makita 16-5-2025 07:50 PM
sharlenetexas replied at 15-5-2025 09:45 PM
Bapak dia serani kot.

Tu la..mmg kuat betul genetik mak dia.
Quote Akalditipumata 17-5-2025 08:58 PM
Jauh sgt Tu.. plus kwn tu ade tulang blkg darah daging pgarah.. sapa yg buat perbezaan ni mmg bingai
Quote bellaamsar 17-5-2025 11:15 PM
doubleA replied at 15-5-2025 07:39 PM
Iols ok je kalau pierre ni berlakon dengan mak dia, khatijah tan tu. Teringat zaman dunia baru, apa  ...

Kap ba ro kap alif ta nun..keberkatann
Quote BlackpingU 18-5-2025 12:16 AM
Kepamnya
Quote doubleA 18-5-2025 12:52 AM
Isninselasarabu replied at 16-5-2025 04:02 PM
Kaf ba ro kaf ta nun... Keberkatan

Ya betul tq uols
Quote doubleA 18-5-2025 12:52 AM
bellaamsar replied at 17-5-2025 11:15 PM
Kap ba ro kap alif ta nun..keberkatann

Ya keberkatan tq uols

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051930 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top