CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cuaca panas melampau dari Dubai ke Abu Dhabi, badan Amar Baharin lemah

17-5-2025 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 546| Komen: 1|Original author: Raline

1.png


Berdepan cuaca panas melampau dari Dubai ke Abu Dhabi antara cabaran yang perlu ditempuhi pelakon Amar Baharin bagi melengkapkan misi berbasikal Kembara ke Mekah ketika ini.

Amar atau nama penuhnya Amar Mohd Baharin, 40, berkata, suhu di Abu Dhabi mencecah lebih 50 darjah selsius namun misi tersebut berjaya dilunaskan dengan baik sebelum menyambung perjalanan ke Arab Saudi.

“Cuaca terlalu panas untuk perjalanan kami dari Dubai ke Abu Dhabi hari ini, suhu mencecah mencecah 51 darjah selsius.

“Alhamdulillah selesai 110 kilometer kayuhan untuk hari ini, cuma keadaan badan agak lemah sedikit,” katanya dalam Instagram.


Dalam masa sama, Amar berkata, dia dan rakan seperjuangan misi tersebut iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin perlu mendapatkan rehat yang cukup untuk meneruskan ke lokasi seterusnya.

Dia juga sempat menitipkan rasa rindu terhadap isteri tercinta, Amyra Rosli dan dua anak mereka selepas hampir tiga minggu berjauhan.

“Kami perlukan lebih masa untuk pulih bagi menghadapi cuaca yang lebih ekstrem di Tanah Arab.

“Doakan perjalanan kami, Allah SWT permudahkan. Rindu isteri dan anak-anak,” ujarnya.


Sementara dalam ruangan komen, ramai rakan artis dan orang ramai terus mendoakan perjalanannya ke Mekah dilindungi dan dipermudahkan.

“Terus kuat! Semoga Allah permudahkan semuanya Amar. Allahumma amin!” komen Zahiril Adzim

“Semoga dilindungi oleh Allah buat Amar dan juga keluarga di Malaysia juga,” kata Sharifah Shahirah.

Amar dan Muqharabbin memulakan kayuhan dari Perlis pada 27 April lalu sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.

Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Sebelum ini, Amar memaklumkan akan menyertai misi kayuhan ke Mekah sejauh 8,000 kilometer.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 19-5-2025 11:40 PM
Mudahan dipermudahkan segala urusan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.087873 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top