CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Hariesa tak glamour, rasa diri kerdil

17-5-2025 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 947| Komen: 8|Original author: Raline

1.png


Siti Hariesa mengakui pernah diserang sejenis ‘penyakit’ rendah diri dan berasa kerdil berada dalam kalangan artis senior pada awal pembabitannya sebagai anak seni.

Hariesa atau nama penuhnya Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 27, berkata, perkara tersebut dirasai setiap kali masuk ke set penggambaran sebelum ini selain kurang keyakinan menyedari diri tidak dikenali ramai seperti pelakon lain.


“Masa awal-awal memang ada rasa kerdil bila masuk set penggambaran dan terfikir, adakah mereka mengenali saya.

“Saya sejenis yang tidak fikir banyak ketika masuk set penggambaran. Ini adalah bidang yang saya mahukan, jadi memang akan lakukan sahaja.

“Kalau boleh tidak mahu berpatah balik selepas apa yang saya lalui sebelum ini (kontroversi drama Perempuan Itu),” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media drama Bru di sini, baru-baru ini.

Kata Hariesa, rasa kerdil hadir dek kebimbangan tidak mampu memberi hasil kerja terbaik seperti selebriti senior lain.


Mujurlah perasaan itu mampu dikawal dan bagi membuang pemikiran negatif dalam dirinya dia Hariesa tidak malu bertanya bagi mendapatkan ilmu tentang teknik lakonan daripada pelakon lain di set penggambaran.

Dalam pada itu, dia mengakui pernah melalui kesulitan seperti mencari titik keseimbangan dalam hidup ketika mula menapak sebagai anak seni.

“‘Struggle’ dalam lakonan ini sudah tentulah saya pernah rasa, malah dalam apa sahaja bidang pekerjaan sekalipun mesti akan hadapi perkara seperti itu.

“Bagi saya ‘struggle’ yang pernah dilalui sepanjang menjadi pelakon ialah menjaga keseimbangan mental dan kesihatan.

“Memang sangat penat tambahan pula dengan tak cukup tidur dan terlalu banyak menghabiskan masa bekerja di set penggambaran.

Dalam masa sama, bintang drama Perempuan Itu menegaskan dirinya bukan seorang yang menghabiskan duit membeli barangan berjenama mewah.


“Paling mahal saya beli setakat ini ialah telefon bimbit.

“Bukan barang mahal saya kejar tetapi lebih mengutamakan keluarga. Saya sedaya upaya beri semula apa yang mereka sudah laburkan untuk menjaga dan membesarkan saya selama ini,” jelasnya.

Untuk drama Bru arahan Nik Amir Mustapha, Hariesa turut digandingkan dengan Shukri Yahaya dan Amerul Afendi.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 18-5-2025 01:19 AM
Ko punya lakonan langsung xde batasssss dik. Serammm meolllls. Berlakon da pandai,harap batas dijagaaaa...
Quote kilauanemas 3-6-2025 04:45 PM
muka ko lawooo dik. badan pun hot
Quote KikiHadid 3-6-2025 04:53 PM
Smpi skrg selalu tertukar dia ni dgn siti khadijah halim..tp rasanya khadijah muka comel2..dia ni muka seksi menggoda..tp dia ni mmg daring eh..ad lalu sedutan drama dia dgn hisham hamid she berbaju tido pink..walaupun bju tu x seksi to sbb dia yg oki auto nmpk seksi..nasib la hisham dh duda
Quote pocongkiutss 4-6-2025 03:12 PM
Dia ni bukan retis ke..apsal masuk bod sini
Quote gadis_tulip 9-6-2025 03:21 PM
Selalu la nampak minah nie berlakon drama2 melayu as pelakon utama tapi itu la, macam takde aura famous.
Quote kilauanemas 11-6-2025 10:46 AM
gadis_tulip replied at 9-6-2025 03:21 PM
Selalu la nampak minah nie berlakon drama2 melayu as pelakon utama tapi itu la, macam takde aura fam ...

kannn rasa banyak dah drama dia lead, cuma takde yg boom gilers lagi kot

Quote sharlenetexas 13-6-2025 10:45 PM
Suka tengok sheols ni comel macam mata kucing. Please jangan reno muka. Muka sekarang dah cantik dah. Tak payah injek filler utk fuller lips sbb tak cantik bibir kejung mcm tu.


Quote kilauanemas 23-6-2025 05:14 PM
habis dah ke cerit lambaian huda tu?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.035708 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top