CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaime dah tak boleh tidur lewat dan berhibur tak tentu masa lepas jadi ibu

17-5-2025 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 839| Komen: 4|Original author: Raline

1.png


Tiga bulan bergelar seorang ibu, pelakon Datin Atikah Suhaime terpaksa meninggalkan tabiat lama termasuk tidur lewat dan berhibur tidak tentu masa yang menjadi amalannya sewaktu bujang.

Semakin matang mendepani kehidupan, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, kian sedar tentang fasa baharu dirinya yang kini lebih tertumpu sebagai seorang isteri dan ibu.

“Saya harus belajar menerima bahawa menjadi ibu, saya perlu mengucapkan selamat tinggal pada diri saya yang dulu.

“Tiada lagi tidur lewat, membeli-belah untuk diri sendiri dan berhibur.

“Saya harus belajar untuk menerima diri saya yang baru. Diri yang lebih baik, lebih tenang dan lebih matang,” katanya dalam satu hantaran Instagram miliknya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Atikah agar menikmati sahaja setiap momen bersama Mulan tanpa hiraukan kata-kata negatif daripada orang luar.

“Selamat menikmati alam keibuan. Sekejap sahaja bayi membesar. Apa-apa pun, awak sekarang dah makin kurus dan cantik!,” kata netizen.

“Betul itu, masa bujang dahulu, kita boleh tidur 100%. Lepas kahwin, tinggal 50% sahaja. Bila dah jadi ibu, tinggal 25% sahaja untuk waktu tidur tetapi kita jadi versi yang lebih baik,” ujar netizen.


“Tidak mengapa Atikah, bila anak sudah besar nanti baru boleh fokus pada diri sendiri pula. Anak ini memang sekejap sahaja kecil, dalam sekelip mata dah membesar. Seronok tengok perubahan diri awak sekarang,” komen seorang lagi netizen.

Atikah Suhaime dan suaminya, Datuk Lokman Teh bernikah pada 21 Januari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.


Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan bernama Lyla Mulan Teh 8 Mac lalu.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 17-5-2025 12:11 PM
Suka tengok dia ni lepas kawin. Pandai masak. Paling suka tengok dia makan. Selera betul
Quote zuriey 18-5-2025 10:49 AM
Elok sheolsss sedar diri
Bkn mcm tintan
Anak hekk sikit pun dah pass ke bibik
Lps tu acah sedih ank lagi syg ke bibik
Quote nisako 19-5-2025 07:53 AM
mcm tu lps jadi mak
Quote Burong_Hantuk 19-5-2025 08:20 AM
ermmmm...ok next plsss

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.038969 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top