Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz memberitahu dia sudah selesai menjalani pembedahan mengeluarkan silikon pada bahagian hidung.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nilam, 45, berkata, dia sanggup menanggung sakit demi mencari reda Ilahi meskipun ada segelintir yang mengatakan tidak perlu berbuat demikian kerana sudah bertaubat.
Jelas Nilam, dia nekad untuk membuang silikon tersebut kerana tidak mahu diri terus diselubungi rasa bersalah.
Ada orang cakap tak payah buang kalau dah bertaubat, tapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun, saya bersetuju dengan perkara itu.
Tapi niat setiap orang berbeza. Bagi saya lebih rela sakit selepas mencuba daripada menyerah tanpa mencuba. Sekurangnya Allah melihat usaha saya.
Dalam pada itu, Nilam berkata, dia juga ada memasang niat untuk membuang tatu yang pernah dicacah ditubuhnya.
Fasa pertama sudah berjaya, bengkak di muka macam ikan kembung. Nanti saya akan ‘live’ macam biasa. Next, saya akan buang tatu dan hapusan dosa-dosa dulu.
Semoga Allah menerima taubat saya dan insya-Allah hidayah ini akan saya jaga sampai menutup mata. Doakan saya ya.
Sumber: OhBulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|