CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong bogel mengamuk, baling batu dan kerusi

19-5-2025 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1144| Komen: 13|Original author: Raline

1.png


BANGKOK – Seorang pelancong asing dipercayai warga Eropah mengamuk dalam keadaan tanpa seurat benang di Pattaya, Thailand, lapor laman berita The Pattaya News hari ini.  

Kira-kira pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan), Balai Polis Banglamung di wilayah Chonburi menerima laporan daripada penduduk yang cemas melihat seorang pelancong asing bersikap tidak menentu dalam keadaan berbogel.

Pihak berkuasa segera menghantar anggota-anggotanya dan menyelaras dengan pasukan sukarelawan untuk menangkap suspek.

Dia dikatakan berumur antara 30 hingga 40 tahun.

Menurut seorang penyelamat sukarelawan, Kamphon Malison, pasukan penyelamat mendapati bahawa pelancong yang identitinya tidak didedahkan itu cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh polis dan mengamuk.

“Dia berada dalam keadaan tidak menentu, membaling batu dan kerusi kepada kami,” katanya.

Lelaki tersebut turut memegang kerusi dan batu sambil merosakkan harta benda penduduk.

Dia akhirnya berjaya ditangkap walaupun memberikan tentangan kepada polis dan pasukan sukarelawan.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 19-5-2025 06:49 AM
Takkan takde videonya sisthurrrrr?
Quote Dwdrum 19-5-2025 07:35 AM
Ber vacay ambil dadah for fun and lupa diri tiada orang entertain jadi gila... Thailand banyak tourist begini...
Quote supernaturalee 19-5-2025 08:39 AM
nasib tak terjun mcm org kita baru2 ni


Quote cikdot 19-5-2025 08:44 AM
ramai pelancong tak suka malaysia sebab tak banyak hiburan2 hedonisme gini. which is baguslah. telen semua benda nak di halalkan. hadap la ye dok..
Quote SalenaGomez 19-5-2025 09:10 AM
Dwdrum replied at 19-5-2025 07:35 AM
Ber vacay ambil dadah for fun and lupa diri tiada orang entertain jadi gila... Thailand banyak touri ...

Telen pon nak haram kan balik dadah. X tau laa dah buat ke or baru cadangan je
Quote shernazz 19-5-2025 09:59 AM
Mcm tak terkawal dah neh.
Nak kasi tanam.hidup2, bukan warganegara pulak
Quote JahLupa 19-5-2025 11:38 PM
Bila pikir balik gempa kat bangkok aritu, mungkin tuhan nak tegur. Dah tahap apa dah aktiviti x bermoral kat sana. Pelacuran pun jadi sumber ekonomi acanoo
Quote Decaffeinated 19-5-2025 11:47 PM
JahLupa replied at 19-5-2025 11:38 PM
Bila pikir balik gempa kat bangkok aritu, mungkin tuhan nak tegur. Dah tahap apa dah aktiviti x berm ...

gempa yang teruk di Myanmar. Thailand dapat sipi2 ja. Bala boleh silap alamat ka?
Quote JahLupa 19-5-2025 11:50 PM
Decaffeinated replied at 19-5-2025 11:47 PM
gempa yang teruk di Myanmar. Thailand dapat sipi2 ja. Bala boleh silap alamat ka?

Aik nak tunggu dapat total ka. Sipi pun dah teruk camtu.  Heading cite thailand. Bukan myanmar. Kalau cite myanmar, aku citer la myanmar.
Quote PULANGKAN 20-5-2025 07:24 AM
cikdot replied at 19-5-2025 08:44 AM
ramai pelancong tak suka malaysia sebab tak banyak hiburan2 hedonisme gini. which is baguslah. telen ...

iye, diorang complaint, kenapa takde pub terbuka kat Malaysia, kata multiracial, multireligion country? diorang nak have fun, mabuk on weekend sangat susah. this need to be addressed seriously blablablabla
Iols pun pelik. korang datang 2-3 hari je, tapi demand lebih mengalahkan rumah sendiri.
tempat korang ada benda2 tu, tapi complaint pemabuk busuk, muntah kencing pengsan merata on weekend

tapi ada juga tourist yang puji Malaysia takde pub, takde tempat minum2 ni
sebab diorang pun tak suka scene orang mabuk
Quote Dwdrum 20-5-2025 07:35 AM
SalenaGomez replied at 18-5-2025 05:10 PM
Telen pon nak haram kan balik dadah. X tau laa dah buat ke or baru cadangan je

Marijuana kan?... Ini bukan smoking pot sebab legal drugs..ini synthetic drugs mana mana negara ada..
Quote A-Are 20-5-2025 07:51 AM
cikdot replied at 19-5-2025 12:44 AM
ramai pelancong tak suka malaysia sebab tak banyak hiburan2 hedonisme gini. which is baguslah. telen ...

ya ada baca dekat thread ke manatah, mat salleh cakap x bes Malaysia, susah nak jumpa bar, nak berhibur minum2, pantai dresscode strict, org malaysia jenis xsenyum ke depa la...dia comparekan dgn thailand blablabla...
Quote TomyamPuteh 20-5-2025 08:07 AM
Cepatnya Thailand lupa dekat Encik Tsunami

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.037529 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top