CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 banduan lari dari penjara

19-5-2025 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 660| Komen: 0|Original author: Raline

1.png


NEW ORLEANS, LOUISIANA – Seramai 10 banduan melarikan diri dari sebuah jel di New Orleans, negeri Louisiana, yang dipercayai mendapat bantuan daripada pegawai penjara, lapor saluran berita ABC News.

Tiga daripada mereka berjaya ditangkap semula oleh polis, namun tujuh orang masih bebas.

“Banduan-banduan itu didapati hilang semasa proses pengiraan penghuni dilakukan di Pusat Keadilan New Orleans pada kira-kira pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu,” kata pegawai Pejabat Syerif Orleans, Mejar Silas Phipps.

Tambah Syerif Orleans, Susan Hutson, 10 banduan itu lolos dari penjara melalui dinding di belakang tandas pada pukul 1.01 pagi (waktu tempatan).

“Mereka kemudian lolos dari penjara melalui pintu gudang dan memanjat dinding perimeter menggunakan selimut untuk melindungi diri daripada kawat berduri,” katanya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.089866 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top