Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mendedahkan suaminya itu pernah cuba disondol oleh seorang wanita.
Menerusi rakaman video dimuat naik @sisrose di TikTok, Shahida berkata, kejadian itu berlaku sewaktu awal perkahwinannya bersama Aliff.
Dulu pernah juga ada orang nak sondol, pernah tau bukannya tak pernah.
Yang nak menyondol itu pula anak dara. Ya Allah, penatlah kan nak bersaing.
Masa itu baru kahwin dan Ammar kecil lagi.
Saya kerja ‘office’ dan papa pun kerja ‘office’ di Klang.
Balik sendiri sebab cemburu
Bercerita lanjut, ibu kepada enam orang anak ini memaklumkan dia juga pernah bertindak balik ke rumah sendirian kerana cemburu suaminya kerap berbual dengan wanita berkenaan.
Bila petang-petang, perempuan itu akan masuk bilik papa dan bersembang selama satu atau dua jam.
Sampaikan kami bergaduh sebab ya lah kenapa kau nak kena bersembang dengan perempuan tu je kan?
Jadi, saya mogok dan merajuk. Balik ke rumah menggunakan komuter daripada Klang ke Sungai Buloh.
Emosi punya fasal, tak nak balik dengan papa.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid ini meluahkan rasa syukur kerana rumah perkahwinannya dengan Aliff berkekalan dan menganggap apa yang berlaku sekadar asam garam dalam rumah tangga.
Tapi Alhamdulillah, perkahwinan kami kekal sampai sekarang.
Bukan nak puji lelaki sendiri tapi itulah adat dalam perkahwinan.
Sekadar info, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber: OhBulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|