CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

28 tahun memandu baru kantoi tak pernah ada lesen

19-5-2025 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1168| Komen: 8|Original author: Raline

1.png


PARIS – Seorang pemandu di Perancis dipercayai memecahkan rekod bagi tempoh paling lama memandu kenderaan tanpa lesen, insurans atau pemeriksaan teknikal yang sah, lapor laman berita Oddity Central.

Dia didapati memandu selama lebih 28 tahun tanpa memiliki lesen.

Pada minggu lalu, polis memberhentikan sebuah kenderaan atas kesalahan tidak memperbaharui pemeriksaan kereta di Rhone.

Apabila memeriksa dokumen lain, anggota polis menyedari bahawa kenderaan itu juga tidak mempunyai insurans.

Namun, apa yang paling teruk adalah, lesen memandu lelaki itu telah dibatalkan pada tahun 1997.

Lelaki itu dengan santai memberitahu pegawai itu bahawa lesen memandunya dibatalkan lebih 28 tahun lalu selepas ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dia kini akan berdepan tindakan undang-undang.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-5-2025 07:56 AM
Pergh dahsyat
Selama.tu.tak.pernah ditahan ek..
Quote IzzahF 19-5-2025 08:31 AM
gituh dekat paris aiols igt kat perlis

apa pun, 28 tahun dia memandu siap mabuk2 tp kalo lom penah ada yg mati kena langgar dgn she ok la. dari yg kat malaysia ni asal mabuk lawan arus, tak pun habis mati org dilanggar nya hujung2 OKU
Quote nisako 19-5-2025 10:02 AM
wow dahsyat
Quote prettyuglybabe 19-5-2025 10:42 AM
alah.. malaysia ni pun ramai je takde lesen tapi tak kantoi..
Quote SecretLuv 19-5-2025 04:21 PM
prettyuglybabe: alah.. malaysia ni pun ramai j ...


Betul tu..Ada je yang tak pernah buat lesen langsung tapi tetap memandu sampai sekarang
Quote PULANGKAN 20-5-2025 07:13 AM
SecretLuv replied at 19-5-2025 04:21 PM
Betul tu..Ada je yang tak pernah buat lesen langsung tapi tetap memandu sampai sekarang

true that. kawasan kampung normal lak tu
ada yang berpendapat, amik lesen kereta motor ni buang duit. daripada generasi mak bapak, sampai anak-anak, semua takde lesen
Quote A-Are 20-5-2025 08:02 AM
malas nak cakap...kat Malaysia ni berlambak xda lesen yg tua2...
Quote Supersirap 20-5-2025 02:05 PM
Lama nak tunggu kantoi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.039291 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top