CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin terima hantaran lumayan 100 ekor musang

7-6-2025 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 864| Komen: 5

 


HANOI – Seorang pengantin perempuan di Vietnam menjadi perhatian ramai apabila menerima pelbagai barang berharga daripada ibu bapanya sebagai hantaran termasuk 100 ekor musang dan saham syarikat bernilai 300 juta dong (RM48,900). 

Laman berita South China Morning Post melaporkan, wanita berumur 22 tahun itu berkahwin bulan lepas. 

Sebagai sebahagian daripada hantaran  kahwin, ibu bapa pengantin perempuan itu menghadiahkan 100 ekor musang betina bernilai 1.8 bilion dong (RM293,397). Musang digunakan untuk menghasilkan kopi Luwak dan digunakan dalam ramuan ubat tradisional di Vietnam.

Dia juga menerima 25 jongkong emas, wang tunai 500 juta dong (RM81,499), tujuh hartanah dan beberapa aset lain. 

Pihak pengantin lelaki turut mengemukakan hantaran satu set barangan kemas, 10 jongkong emas setiap satu seberat 38 gram dan wang tunai sebanyak 200 juta dong (RM32,600) kepada pengantin perempuan.


Bapa pengantin perempuan, Hong Chi Tam berkata, dia mahu anak perempuannya mempunyai aset yang mampu menjana pendapatan. 

“Anak perempuan saya lulusan sekolah perniagaan. Dia mampu menguruskan aset ini. Ia dapat membantu kewangannya,” tambah Chi Tam. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 9-6-2025 01:18 AM
100ekor musang dan tanah, utk tujuan peternakan kot, developing utk bisnes ladang musang n kilang kopi agaknya..
Quote supernaturalee 9-6-2025 10:33 AM
kopi vietnam yg jual kt sini tu bkn kopi taik musang ni kan?

Quote Decaffeinated 9-6-2025 05:33 PM
Why not. Ummah padang pasir boleh bagi unta sebagai hantaran.
Quote akies 9-6-2025 08:07 PM
Otak bisnes. Idea bagus sebagai hantaran.
Quote Zeelalala 9-6-2025 10:37 PM
cerita pasal kopi luwak (hasil dari proses taik musang), mmg tidak la  teringin nak rasa.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.028804 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top