CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Arwahlah jadi waze, dia kutip dan jual tin kosong’ - Harun Hashim

8-6-2025 12:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2804| Komen: 20

 


Berpindah rumah berhampiran tanah perkuburan, pelakon Harun Hashim tidak kisah dicop kurang siuman apabila tiga kali hampir setiap hari pasti menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Sakinah Ganjali.

Katanya, kerinduan terhadap suri hidup yang meninggal dunia tujuh bulan lalu akibat kanser payu dara itu masih menggunung.

Wanita istimewa itulah yang sentiasa di sisi sebagai peneman susah senang, terutama ketika dia terlantar sakit beberapa tahun lalu.

“Sampai sekarang saya masih memujuk hati merelakan pemergian arwah tetapi perasaan rindu selalu hadir kerana isteri yang selalu temani saya dan menjadi penunjuk jalan disebabkan masalah penglihatan saya. Dia yang menjadi pemandu arah, arwahlah yang ikut waze.

“Jadi apabila naik sahaja kereta, mesti kenangan semakin kuat tambahan pula dahulu kalau arwah dalam kesakitan, saya akan membawanya berpusing ke merata tempat bagi meredakan kesakitannya dan kami hanya pulang sebelum subuh.


“Semua memori masih terakam kemas dalam ingatan terutama ketika dia meraung kesakitan dalam kereta. Itu saya tak boleh lupa. Kehilangan arwah bagai membawa separuh nyawa saya.

“Pengorbanan dia menjaga saya ketika tidak mampu bekerja dahulu sangat besar,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada tayangan drama Abah dan Bilal di TV AlHijrah, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, barang yang selalu digunakan arwah, termasuk pakaian kesukaan serta bantal yang diletakkan di dalam kereta masih disimpan kemas hingga kini.

Mengimbas kenangan, aktor berusia 69 tahun itu mengakui sakit dihidapi kira-kira 10 tahun lalu membuatkannya tidak dapat bekerja. sekali gus tiada sumber kewangan.

Namun atas bantuan isteri, mereka sama-sama bangkit mencari rezeki yang halal dengan mengumpul tin kosong untuk dijual bagi mendapatkan wang membeli makanan.

Menurutnya, Sakinah tidak pernah merungut apatah lagi membiarkannya terkapai-kapai sendirian, selain berusaha mencari pendapatan lain menerusi perkongsian video dalam YouTube yang dibuka anak untuk mereka.

“Kalau nak cerita kehidupan yang kami lalui memang sukar tetapi kami enggan susahkan sesiapa termasuk anak-anak. Jadi apabila ada kudrat, saya dan isteri keluar cari tin dan jual, dapatlah duit sikit.

“Waktu itu tiada tawaran berlakon, saya sakit siapa nak bagi kerja. Alhamdulillah, Sakinah tidak tinggalkan saya dan YouTube kami pun ramai tengok. Cuma hasilnya tak seberapa sebab apabila orang lain upload semula video kami, mereka yang raih tontotan tinggi.

“Kami berhenti buat video dan beberapa tahun kebelakangan ini baru saya dapat ‘job’ tapi susah pula bergerak sebab mata saya pula kabur. Tak boleh jalani pembedahan sebab penyakit darah tinggi saya,” ujarnya.

Allahyarham Sakinah menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 21 November tahun lalu.

Sementara itu, mengenai telefilem arahan Pali Yahya bersempena Aidiladha, selain Harun pelakon lain yang terlibat adalah Azhan Rani, Ummi Nazeera dan Luqman Hafidz.

Bakal menemui penonton pada 8 Jun menerusi saluran TV AlHijrah pukul 9 malam, aktor veteran yang mula bergelar anak seni pada 1978 itu memegang watak bapa kepada lelaki autisme (Azhan) yang ingin ke Mekah mengerjakan umrah.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 8-6-2025 12:59 AM
Beliau xda anak?
Quote sallysains 8-6-2025 04:07 AM
Dia bkn “kurang siuman” pun, tu reaksi normal je. Ni bini heols yg byk tlg dia masa ssh, mmg ptt la dia sedih
Quote sallysains 8-6-2025 04:08 AM
CurangLagi replied at 8-6-2025 12:59 AM
Beliau xda anak?

Deols ada anak2. Kan dlm artikel tu ckp anak2 dia yg set up YT utk bntu cari duit. Diaorg bdua pun kutip tin jual2 sbb xnak sushkn anak2
Quote KBW2 8-6-2025 04:51 AM
Kesiannya kutip tin?
Quote Kancilkering 8-6-2025 06:21 AM
örg org kena sedar jgn bergantung hidup pada anak anak…..yg tua tua sentiasa active utk longevity
x salah pun kutip tin….org cina tu relax je kutip….kumpul x dek hal meh
Quote Jitu 8-6-2025 06:29 AM
sedih pula baca
semoga bertemu jodoh baru yg sanggup susah payah bersama
Quote DARSITA 8-6-2025 06:31 AM

Tapi tak kan la anak anak tak menolong bila emak ayah kata tak nak menyusahkan mereka?

Sebab kesusahan emak ayah dia orang level sampai jual botol botol kosong demi membeli makanan! tak patut betul. Anak hantu jembalang ke apa?
Quote sukacactus 8-6-2025 07:01 AM
Jauh jg beza dia dgn arwah isteri, 21 tahun
Kitanya dia kawin lewat la dl
Quote Lampuled 8-6-2025 09:15 AM
Muda lagi arwah bininya ye.. mesti dia Ingat dia yg akan pergi dulu sbb dia lebih tua.
Quote nonymous 8-6-2025 09:38 AM
pelakon yg gah di masa mudanya, kesiannya kisah hidup heshe, mesti terlalu rindu arwah isteri sebab susah senang bersama tp isteri pergi dahulu, tinggallah pak Harun Hashim sendiri meneruskan sisa kehidupan, bila berusia begitulah nasib yg bakal dihadapi kebebasan bergerak dan faktor kesihatan sangat menghalang, moga dijadikan iktibar kisah heshe buat anak muda dan pelakon yg lain. Mesti rindu betul kat arwah isteri sehingga dok dekat kubur.
Quote nonymous 8-6-2025 09:43 AM
Kancilkering replied at 8-6-2025 06:21 AM
örg org kena sedar jgn bergantung hidup pada anak anak…..yg tua tua sentiasa active utk longevity  ...

Betul kat tempat kerja ada mck cleaner dok kumpul kotak dan tin kosong, berebut kumpul sampai kitorang dok bagi lah kat depa, sekali depa gitau mampu dapat byk tiap jual tin dan kotak, dlm seratus tiap kali jual tin, tak perlu kutip pun kat jalan, just ambk yg org dok simpn kat tong sampah tu, kotak dan kertas yg dah x guna, tak perlu malu, duit depa dapat hasil jualan tin lg besar dr gaji hari depa.
Quote liyamariska 8-6-2025 10:23 AM
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Quote CurangLagi 8-6-2025 11:50 AM
sallysains replied at 7-6-2025 08:08 PM
Deols ada anak2. Kan dlm artikel tu ckp anak2 dia yg set up YT utk bntu cari duit. Diaorg bdua pun ...

Serupa la tiada anak kan? Org tua kalau cakap x mahu menyusahkan, anak2 yg ada akal fikiran x akan biar org tua pungut tin and jual untuk kelangsungan hidup.

Tambah2 lagi tengah down sebab wife meninggal.

Tp lain org lain kulitnya.
Semoga paci sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Quote AJENALI 8-6-2025 12:02 PM
Hasbunallah wanikmal wakeel

Semoga sentiasa sabar, cakap memang mudah.. tapi insyaallah asbab sabar, di akhirat banyak ganjarannya.

Quote akw 8-6-2025 03:25 PM

ada, dulu 1 sekolah dengan anak2 beliau ni.
Quote akw 8-6-2025 03:28 PM
Lampuled replied at 8-6-2025 09:15 AM
Muda lagi arwah bininya ye.. mesti dia Ingat dia yg akan pergi dulu sbb dia lebih tua.

eh takkan la. Kalau nak kira umur anak2 mungkin skrg yang sulong 40an dah, perempuan.
Quote Lampuled 8-6-2025 03:58 PM
akw replied at 8-6-2025 03:28 PM
eh takkan la. Kalau nak kira umur anak2 mungkin skrg yang sulong 40an dah, perempuan.

Baca di article atas tu tulis arwah umur 48. Maybe ada anak dgn isteri terdahulu kot yg 40an tu.
Quote AkokKocik 8-6-2025 11:56 PM
Memang slalu mcm tu kan....
Yg sakit slalu pjg umur, yg sihat plak yg kita tiba2 dgr ninggal.

Quote Zeelalala 9-6-2025 12:58 AM
Entahlah. Masa zaman2 gah dulu, mereka ni semua x sempat buat simpanan ke ye? Takkan upah sebagai pelakon terlalu kecil? Tapi ye lah kan...nasib2 sorang2 kita x tau. Apapun, semoga diberi kemudahan.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.035188 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top